Sunday, January 2, 2011

Cuti Cuti Malaysia 2

Hi gorgeous!!

Bertemu lagi dlm rancangan cuti cuti Malaysia a.k.a Destinasi Budget:)

Kali ni seperti dijanjikan kita akan meneroka (ewahhhh) satu lagi tempat sejuk iaitu Cameron Highlands!!!

Selalunya saya akan plan awal sebulan ye sebelum pegi berjalan2 sebab nak pegi dengan hati tenang dan gembira. Yela pegi mengejut kang xde bilik ke, tiket abis ke, xtaw jalan ke. At least sebelum pegi, kaji dulu, google abis abisan  (ayat Indon ke ni?) tempat tu, attractions (paling penting tempat nak mamam), jalan jalan di situ (termasuk brapa k/m perjalanan) sebab klu sume nak naik taxi je duit pulak yg abis abisan. Pastu jangan lupa utk tengok jugak review tempat penginapan anda, selalunya tengok Trip Advisor la. Boleh jugak taw ape pendapat org lain yg pernah pegi situ dan lain2. Xde la indah khabar dari rupa. Dalam internet nampak cam dasyat giler, tapi rupenye hampeh je. Berdasarkan pengalaman, xsemestinye kalau nama hotel tu glamer dan gah giler, hotel tu bagus giler jugak hehe.

Selepas menggoogle hampir setiap hari sampai mata nk terkeluar tgk skrin pc, maka, saya telah memilih utk tido di : Cameronian Inn!!! (ni kat Tanah Rata). Okey, kiranya kalau g Cameron, boleh pilih nak hotel dekat area Brinchang ke Tanah Rata. Kalau dekat area Brinchang, dekat sikit dengan pasar malam die yg sgt best tu! Mari ikuti ye kawan kawan...Ini bertarikh 26 March 2010.


Saya di dalam bus. Time ni, naik bus Unititi Express dari Stesen Bus Pudu ke Stesen Bus Tanah Rata. Harga tiket one way RM 35. Luckily, dekat bus station tu, byk sgt van pelancong. Kirenye, setiap rumah penginapan tu, ade van masing2 utk bawak anda terus ke rumah penginapan anda tu. Legaaa.. Sambil tu tengok2 jugak sekeliling. Ade byk kedai, sewa keta, motor sume ade area situ. Tambah legaaaaaaaaa hehe.
Akhirnye sampai kat Cameronian Inn..tadaaa!!!!!!!



Welcome to Cameronian Inn!! (cam mascot plak..eh duta). Harga bilik ni RM100 per nite. Okeyla jugak kan. Suke no.genap ni. Xde la RM 110 ke, RM 128 ke. Hehe


Nampak relax je dan best utk merelease ketensionan:) Diorg ade tampal2 review org yg datang sini dan ramai puji scones diorg sgt sedap:) nyum2 kene cuba ye. Kat sini kalau nak order foods (memang sgt sedap okeyyyyyyyyy), kene isi form. Letak no.bilik, no.menu pastu pass kat diorg. Nanti diorg hntr. Best2.

Disebabkan Inn kami ni kat Tanah Rata, nak pegi Brinchang kene la sewa keta:( Disebabkan dah beramah mesra dengan uncle yg hantar kami kat In tadi, kami berjaya menyewa sebuah keta dari pukul 11 smpai pukul 9 mlm, full tank dengan harga RM100. Mahal x? Rase okey la jugak kan? hehe. Lalu marilah meronda ronda.

Singgah sebentar di Air Terjun ape ea..xingat nama die. Tapi kat Cameron ni ade dua je Air Terjun. Satu lagi susah sket nak cari, jadi dtg la ke air terjun yg ni.


Posing yang kurang enak. Sori ya ibu ibu bapak bapak. Sejuk dan nyaman air ni.


Berfikir sebentar.


Mari melantak strawberry!!!! Ni translate kepada papan tanda tu ye:p

Makan lagi strawberry banyak2 kan dah bertukar jadi strawberry hak hak.


Giler heaven sundae strawberry ni. Lihat di dasarnya kaya dengan fresh strawberries. Nyum2. Sampai sekarang terbayang kelazatannya. Ni kat Big Red Strawberry Agriculture Farm : try tgk ni ea : http://www.cameronhighlandsinfo.com/attraction/big_red_strawberry_farm  (masuk free, makan bayar la). Ade sume foods berasaskan strawberry seperti..(bersedia utk drool..) strawberry pancake dgn jem, strawberry waffle, sundae, dan sume la yg boleh dibyg ade strawberry wujud di sini. Datang jangan xdatang ye:)

Oh my lurrrrrrrrrrveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeely strawberry (cakap smbil drooling bunyi camni la hehe)


Mai jangan xmai taw.


Ni berkunjung ke tempat jual bunga and pokok2 (kaktus sume ade la)


Ade jugak kolam yg mendamaikan jiwa ni.


Lihatlah pelbagai kaktus comel ni. Geram kan..saya beli 6 pasu, bagi Fufu 3 pasu. Punya la semangat nak letak kat ofis, malangnya kerana kurang kasih sayang dan sumber air, dah mati dah huwaaaaaa....sape nk g Cameron?? nak pesan nak pesan


Giler lawaaaaaaaaa...lawaaaaaaaaa bunga ni nama die Hydra. Bunga 4 musim kot. Die akan bertukar kaler ikut musim sebab tu ade pelbagai kaler ni. Die tukar2 owh cantik yg amat. Murah je sume kat sini.


Pastu g Taman Rama-rama kat tepi jalan je. Harga tiket xingat sgt tapi dalam RM8 je rasenye xlebih RM10. Byk rama2 cantik. (Teringat dulu kecik2 takut rama2 ingat die nak gigit haha). Penah dengar x lagu ni time zaman kanak-kanak :" Rama rama cantik, ikan keli panjang, ..(nama pompuan)...cantik, ..(nama laki).. sayang". Xde kena mengena kan.


Layan gambar poyo utk mengakhiri percutian kali ini ye. Hehe. Ops lupe korang kalau g Pasar Malam Brinchang, jangan lupe la..tolong la..please..I beg you..jangan lupa ni..beli la sume sayuran goreng tepung die sgttttttttttt sedaaaaaaaaaaappppppppppppp..terutamanya Watercress goreng. Lazat!! Jarang jumpak, kat sini je kot byk.

Sekian laporan.

Jumpak lagi di next jalan-jalan. Kali ni di tempat panas pulak ye:) hehe

Betul panas xtipu:P

No comments:

Post a Comment