Tuesday, November 29, 2011

Review Breaking Dawn

Hi sume!

Sorry sebab busy. Disebabkan busy, nak tulis blog asyik tertangguh. Hehe. Kena berdedikasi sikit sebab dah hujung tahun dan akhirnya..........alhamdulillah, dah confirm keje! Hehehe. Syukur.

Okey berbalik kat tajuk post ni, cik Paeh telah berjaya menonton Breaking Dawn selepas meroyan seminggu kat umah tahan sabar :) Yeay!!!!!!! Seminggu sebelum tu asyik tengok poster Breaking Dawn merata2, siap stop depan poster tu nak usha Jacob. Hari2 tgk YouTube tgk trailer, tgk interview with all the casts, tgk video klip sume. Macam biasa, port menonton dekat MBO Galaxy Ampang. Org xramai sangat lagipun senang nak p makan ayam penyet kegemaran lepas tu. Sape nak pegi weekend ni jom!!! Tengok Puss in Boots!

Breaking Dawn part 1 sangat ditunggu-tunggu oleh semua Twihards (die-hard fans Twilight series, well that's me meeeeeeeeeeee!!!!) sebab kali ni adalah highlights atau kemuncak these whole series. Kenapa?? Hehehe baca bawah. Warning, spoiler alerts berlambak taw sebab nak cerita secara detail. Sape xtengok lagi jangan baca lagi tau! Huhu.Oh by the way, dah habis baca novel Breaking Dawn, xsabar nak tgk camana diorg interpret all that awesomeness in the movie :)

Okey movie start dgn Bella tgh try her wedding shoes!! Yes people, selepas cinta beronak duri sume, Bella and Edward finally would get married!!! Alice is helping Bella to walk in those heels sebab Bella kan asyik pakai snakers je sebelum ni (Converse tu memang kegemaran Kristen Stewart in real life) hehe. Then, tunjuk all the Cullen's family members tgh wat persiapan for the wedding. Angkat balak camtu je okey, dah vampire, kuat katenye!

Then, tunjuk Jacob reading the invitation card, die bengang, rip off (err..tak bukak baju dia), transform into a werewolf and lari masuk hutan. Okey babak ni memang drool sebab tgk body Jacob. Gulp. Erk okey..next! Ayah Bella, Charlie tgk kad tu and agak susah hati and berat hati. Then mak Bella sgt happy tgk kad tu.

Malam before the wedding, Edward is away sebab ada bachelor party conducted by 2 abg dia, Jasper and Emmett. Oh, bachelor party seorg (ke seekor) vampire xmcm party biasa..this one involves berburu binatang liar seperti singa & bear hehe. 

Esoknye...the wedding!!!! Alice did Bella's make-up, Rosalie plak wat rambut Bella. Cantek! Hehehe. Pastu Charlie & Renee (parents Bella) masuk and syahdu sgt time tu sebab diorg cam happy but sad at the same time. Ops ape kabur2 mata ni (mula nak nanges haha). Pastu before Charlie iring Bella ke altar, Bella cakap kat Charlie " Dad, don't let me fall"..and Charlie cakap "Never". Okey, nanges lagi. Sorry, saye memang suka nanges kat majlis kawen semua org kot. Blerrgh, ye sgt annoying. Eh tak, saye nanges kat ape2 event pon haha.

Then...the dresss!!! Serious nak pengsan tgk the dress okay..but I'm not sure sape the designer. But not Vera Wang. Baru berangan nak tgk Bella in Vera Wang. Dress dia sgt simple at the front, tp from the back. it was absolutely breathtaking! This thin gorgeous lace and sewed with buttons all over belakang dress tu adelah sgt cantik. Begitu jugak kat lengan and tangan baju tu. Sigh. (Simpan duit 10 tahun belum tentu dpt baju camtu). Make up is okay la, but I think buat Bella nampak pale & old je huhu. Ye la time tu byk clan vampire dtg, so diorg nampak cun gila, Bella cam gelap pulak mukenye huhu. Oh hairpiece yg Bella pakai tu dah start being ordered around the world! Dress tu jugak dah mula dibuat design di merata-rata. Hebat giler kan penangan Twilight :) Mula-mula Bella cam cuak giler, muke cam org nak pengsan je..tp time die nampak Edward, it was all good! Die jalan straight to Edward, then paderi start, I love u, I love u too, and kissssssssss lama okey! 

Part Jacob datang!!! Time diorg wat after party, tari menari tu, Jacob dtg!!!! Oh my! Handsome but his face dah ade cam jambang sikit. Dia susah hati bila Bella nak kawen, die lari masuk hutan at first tu, skrg baru Bella jumpak dia. They hus and Bella cried. So sadddddddd..sebab both of them used to be bestfriend tp biasa la bila hati dah involve, jd kucar kacir sket..but still...Jacob will always be there for her (gila best kan jadi Bella hahaha). Honestly, chemistry between Jacob n Bella in this movie was so awesome! I almost could feel what they feel la kan. Tapi pertemuan berakhir dgn agak buruk sebab Bella bgtaw die nak 1st night dgn Edward while she's human! Mana xngamuk si Jacob tu sebab he thought Bella xkan boleh handle and mungkin bahayakan diri sendiri. So Jacob terus transform, lari masuk hutan and sedih sgtttttttttt smpai hampir nak kena langgar kereta.

Majlis tamat. Marilah pergi ber-honeymoon. Tukar baju sume, pastu say goodbye to all the family la kan. Time dia peluk dgn Charlie, Charlie cakap kat Bella, "You know this will always be your home, right?". Pastu Bella cakap "I love you dad". Time ni nanges lagi kali ke berapa ntah haha. Hati tisu betol! Edward drive, pastu tukar kereta ade driver bawak pulak smpai Rio. Tapi bukan kat situ, naik bot pulak sampai satu pulau, Pulau Esme. Mak Edward punya, hadiah dr Carlisle (bapak Edward). Pulau cun tp rumah tu laaaaaaaaaaagiiiiiiiiiiiiii cun!!! Huwaaaaaaa cun sangat rasa nak menetap situ jugak jugak! 

Time ni best, dua2 cam debar2 ewahhhh. Bella cakap "I could used a few human minutes". Edward pon g tunggu dlm laut dulu. Tau Bella buat apa? Gosok gigi, shave her leg. Hehehe of course! Kan nak berdampingan dgn makhluk gorgess berbadan bersinar kot! Then die masuk dlm air dgn Edward pastu..hahaha the rest is history!

Esok pagi tgk2 the whole bedroom area is a mess!! Bantal dah pecah2 and bulu die (feathers) bersepah merata. Katil patah. Hihi. Bella feels great but Edward..feels guilty! Sebab badan Bella penuh dgn lebam-lebam hasil keganasan semalam tu. But Bella was okay with it. Then diorang spend time kat area pulau tu sgt best!!! Mandi air terjun and just lazying around je. Kat pulau kan. Until....Bella muntah2 and suspected dia pregnant. Edward time taw that possibility, froze kat situ mcm batu dah. Die takut terkejut semua. Carlisle suruh Edward and Bella balik on the spot. So Edward kemas2 and diorg terus balik.

A few days tu Bella sgt sakit sebab that vampire mix human baby mcm terlalu kuat for her human body. Sometimes even crushes her bones sume kat dlm badan. Charlie inform Jacob pasal ni and Jacob terus g tgk Bella. Memang sgt cengkung, dah mcm mayat hidup. Tapi perut dia besar sgt! Walaupun baru 2weeks mcm tu. Sebab baby tu membesar mendadak. Last2 sebab Bella teruk sgt, diorg terpaksa bagi dia minum blood barulah dia okey sket. Geli ah babak minum darah tu, guna straw okey! Eeewwwwwwwww.....Semua org (kecuali Rosalie) suruh Bella gugurkan baby tu, tp Bella degil and nak jugak baby tu. Edward time ni memang mcm meroyan sebab risau.

Pastu clan werewolf kata baby tu akan bahayakan puak diorg, so diorang nak bunuh Bella sebelum baby tu lahir. Diorg wat meeting and bincang nak bunuh Bella. Time ni la Jacob xsetuju, and die nak kuar dr puak tu. Okey dlm movie ni, Jacob lalui transformation lagi dan die dah jadi werewolf yg besaq dari Sam (ketua puak). Jacob blah dr puak tu. Seth dgn Leah pon ikot sama. So Jacob and family Cullen sama2 nak protect Bella la. Tapi xsangka tgk2 Bella dah nak bersalin pulak huhu. Time nak beranak tu Bella sgt teruk giler2 so Edward terpaksa gigit dia supaya jadi vampire, baru dia dapat tahan. Tapi sebab byk sgt darah kluar sume, pas Edward gigit, Bella xsedar2. Edward memang teruk time ni xtaw nak buat apa. Tapi xtaw sgt camana dia gigit semua (Stresss!!!) sebab kat movie die cut babak ni okey!!!!!!!!!!!!!!!!!! Argh!!! Ni babak penting kot! Nanti kena beli cd ori, xpon download yg full. Menyampah!!!

Jacob stress giler die nanges kat luar. Pastu dia masuk nak bunuh that baby. Tp time die masuk, baby tu pandang kat dia, dia imprinted dgn baby tu!!! Comel sgt baby tu mata booooolaaaaatttttttt!!! Imprint ni bagi werewolf je, mcm klu diorg jumpak that person a.k.a soulmate diorg, diorg terus cam ade connection jiwa and jadi satu dgn org tu. In this case, Jacob imprint with that baby, Renesmee (baby girl).
Time dok panik tu la werewolf dtg serang diorang. So lawan2 la puak werewolf dgn vampire ni. Memang best lawan2 ni sebab semua laju and ganas hehehe. Pastu tiba-tiba Jacob keluar and nak halang diorang. Die cakap "If you kill her (the baby), you kill me". Pastu Edward pon dah faham, so die bgtaw semua yg Jacob dah imprint dgn baby tu. So werewolf xnak la bunuh Jacob and berundur.

So diorg masuk and a few days tu, diorg tgk perubahan kat diri Bella. Kulit jadi cun, rambut cun, semua cam flawless sgt (nak jadi vampire kan!)..and last last Bella bukak mata, mata die kaler oren cam Edward dah and....habis!!!!!!! Hahahaha. Sambung tunggu part 2 plak ye.

Kesimpulan : Although cerita ni sgt beautiful with the wedding thingy sume, but it is more suitable for Twi-hards like me la kan. For other people, xpayah tgk. Nanti korang mengutuk hehehe. And..boleh tak sebenarnya I expect scene kawen tu lebih awesome??? Hahahahaha.

Okey, sila layan one of the soundtrack for Breaking Dawn yg sgt awesome + romantic yg ditulis + nyanyi by Christina Perri, A Thousand Years. Serius sesuai and menggambarkan the whole love story of Edward & Bella :)



Dah, tunggu je. Beli cd ori. 

Minggu ni, Puss in Boots kot :)



 

Friday, October 28, 2011

Student bagaimanakah saya ini??

Hi sume!!!

Hehehe. Tajuk yg sangat ilmiah dan akademik kan?

Tiba-tiba macam sangat rindu kat alam belajar. Keje memang best, tapi semangat time zaman belajar tu memang xdapat nak bawak ke zaman keje kot :P 

Sekolah Rendah.

Zaman paling bahagiaaaaaaaaaaa amat. Darjah 4 jadi pengawas. Pagi2 pegi sekolah naik bus oren campur semua bangsa. Driver nama pakcik Ad. Kependekan Saad. Hehe. Lepas dia hantar budak-budak Sekolah Sri Kerian & Sekolah Methodist, last baru hantar pegi sekolah aku. Pakcik Ad jugak ada bisnes sampingan iaitu menjual kopok lekor yang lazat. Gila lazat ni. Tak tipu. Sos die pekat and cam manis2 cmana ntah, kaler pun merah2 menarik gitu. Okey nanti balik kampung, org amikkan gambar ea...hehe.

Ni lagi satu tak tipu ni. Aku sgt glamer kat sekolah rendah. Mungkin sebab agak comel (agak la) dan tembam kot. Pastu aku ni cam sgt aktif kot time sekolah. Sume la nak masuk..kecuali menari sebab memang mama xbagi kekeke. Dari darjah 1 dah pakai tudung, mau kena lepuk nak menari-menari plak. Sah sah kena bukak tudung. Alhamdulillah, yang tu la membentuk aku sampai besaq ni. Kalau x, ntah2 aku sekarang dok join Akademi Fantasia (bajet suara sedap la konon). Dulu aku masuk Spelling Bee (faveret!!!). Ingat lagi time final tu, last sekali kena eja giraffe (zirafah). Sume org eja salah. Aku tunggu je sampai last pastu eja dengan betul, yeay!!!!! Pastu masuk English punye sketsa. Ingat apa, aku berlakon jadi beggar okey (pengemis xmau cakap la kan) dan pengemis tu laki! Makanya sebelum competition tu, cikgu punya la dok lukis misai kat muka aku. Excited gila sebab boleh tukar identiti hahaha. Pertandingan Anti-dadah. Aku suka!!! Sampai sebut la dadah apa, rupa camana, simptom apa, semua lekat dlm kepala hotak aku. Aku hafal tiap-tiap hari kot. Berjaya dgn teramat xpayah cakap la kan. Nasib bek budak2 lagi xrasa plak nak explore dadah walaupon cam dah expert gila kuikui.

Pastu akademik, alhamdulillah. Xla genius, tapi kategori boleh la tahan pandai. Kalau tak no.1, no.2. Paling merosot no.5 sebab masa darjah 5 & 6 aku banyak main sikit. Dah remaja katakan hahaha. Bercinta banyak sangat abis merudum. Aku suka English. Suka gila dan bagus la sebab aku selalu score. Aku tak tau tapi English sgt fun!!! Aku memang top student la kot BI. Tapi budak2 kelas aku semua top kot. Hahaha. Maybe sebab semua Sir (lelaki) yang dok mengajaq. Sir Yeoh. Garang gila!!!! Tapi aku sayang. Kalau kita jawab merapu ataupun ujian kali tu ramai cam hampeh, dia baling semua kertas atas lantai, lari la pakat kutip sampai comot2 sebab lantai dulu-dulu kan simen, cam berhabuk berdebu semua. Tapi xkisah sikit pon. Ada sekali budak dok tulis masa dia cakap, dia ambik pensel budak tu, patahkan and buang keluar tingkap hehehe. Tapi hasil dia, cemerlang je kan kan?? Budak-budak sekarang, kena pukul sikit mengadu, call parents, sms, BBM semua la. Manjanyeeeeeeeeeeeeeeeee. Aku relax ja time Matematik terutamanya. Cikgu Yaacob suka wat kuiz.Kata la 10 soalan. 1 salah satu rotan hahaha. Ketaq2 wooo check jawapan. Bila salah ja, ternampak dah padah dia hahaha. Kena rotan dengan rotan buluh tu, bermakna wooo..Terus jadi terer. Budak lai kena kat bontot, tapi depa pandai letak buku kat poket sluaq belakang utk elak sakit melampau. Tapi Cikgu Yaacob memang hebat gilaaaaaaaaa, dia dapat detect. Haha. Dia buang buku 555 tu, dapat lagi hebat la penangan sebab plus cubaan elak sakit tu. 

Sukan plak. Aku memang chubby, tapi aku lari laju, pelik x?? Hahaha. Cikgu sukan plak dah tgk aku boleh, dia suruh aku masuk lompat jauh la lompat pagaq la, lontar peluru la. Aku suka lari pecut ja, yg laen hampesssss. Serius. Time lompat jauh okey la, aku suka. Lompat pagaq??? Aku lari punya laju, sampai ja kat pagaq tu, aku teragak-agak nak lompat, last-last kena marah dgn cikgu. Hahahaha. Lontar peluru? Budak yg keding dr aku pon lontar lagi jauh hahaha. Oh tapi aku suka main roundess. Kalau berjaya pukul bola, rasa sgt hebattttttttttttt.

Hasil cemerlang akademik and ko-ko..UPSR dapat 5A. Aku dapat masuk sekolah terbest iaitu SMKA dot dot dot yg menjadi pojaan hati sekian lama....aish, budak-budak pon ada impian apa..kikiki.

Nota kaki : Aku ingat lagi soalan UPSR Sains. Ada gambar bot yg pasang lampu and ikan semua kat permukaan air. Soalan dia : Kenapakah ikan tu sume pergi ke permukaan air? Jawapan : Fikir sendiri. Haha.

Sekolah menengah.

Suka jugakkkkkkkkkk. Time ni pakai tudung labuh. Exco Pengawas. Bahagian Sukan. Sedangkan aku suka main netball je pon time ni kikiki. Still aktif lagi masuk pertandingan pantun, debat Bahasa Inggeris, Public Speaking, apa-apa la aku rasa nak masuk. Glamer jugak la. Perasannnnnnnnn. Glamer la jugak, kalau tak, xla ramai adik nak wat kakak angkat kan kan? Yela yela maybe sebab aku tembammmmmmmmm hahaha. Aku suka semua, sekolah, tenaga pengajar, kengkawan, suasana sekolah tu. Asrama banyak mengajaq aku tentang hidup berdikari and apa-apa masalah solve sendiri pandai2 nak hidup.

Bab yang aku benci. Time form 4, sekolah asingkan pelajar ikut level masing2. Yang sekolah budget pandai and ada harapan nak banggakan sekolah, diorang letak satu kelas, yg lain-lain diorg letak la kelas lain. semua ada 4 ke 5 kelas aku xingat sangat. Yg aku sakit hati, kenapa nak wat camtu? Kenapa nak asingkan budak pandai satu kelas yg lain kelas lain. Kalau campur, kan dapat sama-sama share ilmu, kan bagus. Aku xla bodoh, tapi xmuat dah nak masuk kelas tu, dah cukup kuota hahaha. Ye la tu. Aku dapat kelas sume pompuan. Nakal xhengat. Aku jadi ketua kelas. Kadang-kadang nangis sorang-sorang sebab semua ketegaq gilaaaaaaaaa!!! Bila teringat balik, nak gelak sorang2.

Okey pastu time ni, waktu belajaq English ja diorang akan asing ikut level. Ni yg aku xsuka ni...sebab walaupon aku kelas lain, tp markah BI aku hebat la jugak, jadinya time BI aku kena masuk kelas pandai. Argh serabut jiwa aku. Beza tau sebab diorg ni berdisiplin..aku dah biasa kelas hingar bingar huhuuu. Tapi serius, time ni cikgu tu (nama dirahsiakan) pandang rendah la kat aku. Dia selalu pandang aku macam kata dlm hati (eh apehal la budak ni boleh sesat dlm kelas ni, puhlezzz) hahaha. Kalau dia tanya soalan pon kat budak-budak asal kelas tu ja. Jarang sgt dia nak mintak aku jawab soalan. Lagipun, mana dia kenal aku kan. Xpa aku style relax ja. Aku xbalas dendam cara marah ke apa ke. Aku belajaq ja rajin2. 

Aku suka Sejarah. Cikgu Haliah baik sgt!!! Selalu bagi nasihat, selalu garang jugak tp garang yg aku sayang. Selalu bagi contoh berkait dgn hidup sekarang, buat aku minat sgt Sejarah. Hari-hari aku study. Best gilaaaaaa. Suka Bahasa Melayu. Cikgu Harison ni memang cikgu yg super-kreatif, and fikir out-of the box. Suka suruh wat peta minda and kumpul keratan akhbar. Aku suka, dia cakap lancar and xpernah nak tersekat-sekat. Serius hebat! Dia akan cabar kita berfikir and cuba cari jalan penyelesaian apa-apa masalah. Alhamdulillah aku berjaya giler dlm BM. Suka Geografi. Cikgu Hasni ni memang one-of-a-kind. Suara dia lantang. Aku takut sebenarnya kelas dia, tapi aku syg gila cikgu ni. Kalau dr jauh dengar suara dia, kecut perut wooooo. Sebab apa takut? Okey suara kuat satu. Setiap hari masuk kelas, dia akan start dgn kuiz dulu. Kuiz bertulis?? No way, oh tidak tidak. Semua berdiri. Pastu dia tnya soalan random tapi ikut turutan. Kalau 1st round xdapat jawab berdiri kat tempat sendiri la.Abis round tu tinggal la baki2 yang xdpt jawab kan. Masuk 2nd round, xdapat jawab jugak, berdiri atas kerusi. Masuk 3rd round, semua yg berbaki kena pegi depan kelas. Hang pegang telinga aku, aku pegang telinga hang, ketuk ketampi kat depan. Hehe tapi cikgu ni xpanggil ketuk ketampi..hahaha cikgu panggil "gotong-royong". Dia bahasakan yg lelaki ke pompuan ke sume "abang". hahahaha lawakkkkkkkkkkkkk tapi sebab tu jugak berjaya. 

Tapi yang aku faham, mungkin 5 nombor bertuah aku kot. PMR dpt 5A, SPM pon 5A. Menurun sejak UPSR hahaha. Xpandai pon..sebab time PMR aku amik 9 subjek. SPM pulak 11 subjek hahaha. Pencapaian yg paling aku banggakan sampai sekarang a.k.a balas dendam secara positif adelah........time SPM tahun tu, aku sorang je score 1A utk subjek BI :) Alhamdulillah~~ dapat jugak wat something yang banggakan sekolah, diri aku sendiri n parents aku. Happy sgt. Time tu jugak cikgu tu cm respect aku sket. Ish, aku xpernah berdendam. Tanpa cikgu, sape la kita. Sebab tu time korang berdoa hari2 jgn lupa selitkan guru, insya Allah berkat kehidupan kita. Aku selalu ingat camtu je.

Tapi sebab aku dapat 5A je and xscore subjek Sains sedangkan aku amik Sains Tulen hokeyyyy, maka xdapat masuk matrik. Tapi aku xsedih sebab aku xsuka Sains. Wow, ikhlas cakap. Kdg2 aku rasa salah amik aliran time kena pilih masa from 4 tu hukhuk. Takpe jgn menyesal, lalui hidup dgn gembira je la la la. Aku dapat interview utk sambung TESL kat UiTM tapi aku kantoi dgn berjaya. Sebab??? Org sume baca paper and ready dgn isu semasa. Aku relax ja sebab xtaw lansung kot (sedangkan xprepare), interviewer tu tanya aku pasal wabak SARS (tgh hangat time tu)..well hellooooooooo, aku xtau pon apa maksud SARS tu!!! Tahniah, memang fail la time tu. Pastu tengah pasrah giler xtaw mana nak tuju. Aku dok apply la segala kolej swasta yang ada. Aku dapat offer merata la kolej kan. Last2 aku dah nekad nak p kolej IKIP kat Pahang sambung TESL ke English camtu la. Tapi aku rasa cam xbest, aku rasa ada tempat lain yg aku patut pegi. Nak dijadikan cerita, kwn aku yg baru nak masuk mendaftar kat satu kolej ni, call aku and ajak aku join dia masuk kolej tu sebab dia sorang-sorang ja. Aku rasa cam gembira sgt, cam yakin walaupun aku xtau apa lansung pasal kolej tu. Aku apply, Pengajian Islam (Syariah), pastu dapat offer, aku terus ja pergi. Sampai-sampai kolej tu kat Bangi..masya Allah. Aku senyum sorang-sorang. 

Bersambung .....Dunia Kolej. hahaha bajet novel la plak kan...Duhhh~~~

Monday, October 24, 2011

Perihal Jodoh :)

Hi sume!!!

Memandangkan baru-baru ni banyak sgt org kawen, bertunang, nak kawen, org baru berchenta, org baru putus chenta, orang yg masih mencari chenta dan org yg sedang berchenta di sekeliling saye, tiba-tiba rasa nak tulis something tentang jodoh ni. Ni pandangan peribadi je, sape2 terasa atau xsetuju, sila wat entry sendiri ye kikiki.

Jodoh ni memang ditentukan Allah. There's no doubt about it and don't u ever doubt it. Sebab sejauh mana kita usaha pon, last2 tetap Allah jugak yg tentukan sama ada usaha kita tu berhasil atau tidak.

Tapi tu tak bermakna kita kena tunggu je jodoh tu datang. Tak salah mencuba cari jodoh. And who say if you are a woman, you should just wait and wait and wait..... until your prince charming datang? That is, if he comes. If not, will you wait a little longer? Sorry, I don't believe it'll happen that way.

So, the key word is..cuba. And lepas tu bertawakal and berdoa.

Senang cerita lelaki & pompuan baik dah xramai. So, kalau jumpak that someone yg baik n touches your heart like no other, and you have this good feeling inside, grab her/him! Believe me, it would be so worth it.

Jodoh xboleh dijangka. Kadang-kadang boleh boleh terjumpak time beratur beli makanan. Time tunggu bus. Time naik tren. Time tgh exercise. Time tgh lepak kat kedai buku. Time nak makan. And sekarang plak zaman dah moden, boleh jumpak melalui FB dan sekutunya, chat, email and there you have it, tup tup dah kapel kan hehehe. 

Seriously, jodoh memang xkenal rupa paras. Memang kita ada specific criteria yg kita nak. Tinggi camni, ade misai ke tak. Smoke ke tak. Makan western ke kampung. Main bola ke badminton. Ape ape je la. Tapi bila dah jumpak that special someone, walaupon perut die flabby, walaupun gigi die rongak, walaupun dia smoke, kita dah xkisah lagi. Org yg single akan nafikan ni, tapi bila dah fall in love, tau la camana :)

Jodoh xsemestinya kita jumpak dan terus bahagia je. Kadang-kadang banyak dugaan dia. Macam-macam boleh jadi. Contoh :

Situasi 1: A dgn B ni kawan. A suka kat B. Tapi B dah ade awek. A pun selalu tengok dan minat dari jauh je sebab B dah berpunya. B pulak selalu cerita masalah dia dgn awek dia kat A sebab A lagi memahami B. Awek B pulak asyik wat hal. A selalu mintak petunjuk dari Allah dan berdoa yg terbaik utk diri dia. Akhirnya B putus dgn awek die dan sedar yang A selalu ada utk dia. Xlama tu, A dgn B kapel. Mungkin dah jodoh kan? Tapi Allah duga dulu dgn temukan B dgn org yg salah dulu.

Situasi 2 : A dgn B bercinta. Dah lama jugak. Pastu disebabkan awek lama si B asyik goda dan nak balik kat B, B tewas and break dgn A. A sedih sgt2 tapi dia taw cinta tu pinjaman Allah kat dunia je. Dia pasrah and berdoa kalau memang B jodoh dia, B akan sedar dan diorg akan bersama balik. Tak lama, B dapat taw yang awek lama dia tu playgirl and ada ramai laki lain. B menyesal dan ingat balik semua kebaikan A dan betapa sabarnya A selama ni, susah senang sama-sama dgn B. Setia dgn B. B mintak peluang dari A dan betul-betul nak berubah. A terima dan bagi peluang. Akhirnya diorg bahagia. Jodoh kan. Walau ada ujian, tapi diorg still bersama lagi.

Situasi 3 : A dgn B berkawan. Masing-masing ada pasangan masing-masing (berchenta). Tapi diorang rasa yang diorang sangat serasi bersama (cam lagu pulak). Dlm masa yang sama, pasangan diorang masing-masing dah memang bermasalah dari dulu (tak terpakai kalau pas kenal tu baru bermasalah, tu nama dia mengada dah jumpak org lain, terus nampak partner bermasalah). A dgn B jadi makin rapat tapi xsanggup nak lukakan pasangan masing-masing semata-mata nak bahagia. Tapi diorang selalu berdoa supaya Allah tunjuk jalan. Satu hari, memang pasangan diorang rasa xbest and xnak teruskan lagi hubungan. A dgn B mula kenal lebih mendalam dan akhirnya berchenta. 

Situasi 4 : A sorang pompuan. Dia xsuka lelaki chubby and smoke (no offense, saye xkisah pasal kechubby-an). Dia selalu canang kat kawan2 yang dia xkan jatuh chenta dgn laki camni. Satu hari, kereta dia rosak tepi jalan. Dalam ramai2 lelaki hensem and macho cam Aaron Aziz, Jacob Black and Damon Salvatore, yang berhenti tu ade la sorang laki yg agak chubby. A agak xgembira tapi bersyukur la ada org nak tolong dia kan. Pas betulkan enjin keta A, laki tu siap smoke lagi. Sebelum pegi, die pass kad nama dia kat A. A tgk dgn xde perasaan tp simpan kad tu. Balik rumah, A asyik teringat laki tu. Baik jugak kan. Dia kluarkan name card tadi and start SMS. Last2 balas mesej, kenal2, laki tu sgt baik hokey. Berchenta la apa lagi. Terpaksa la A pekakkan telinga kene bahan dgn kwn2 dia. Tu la lain kali jgn cakap aku xkan berchenta dgn orang ni org mcm ni mcm tu. Sape kita nak tentukan. Sume kuasa Allah :)

Hehehe. Merapu je tapi sebenarnya semua disedut dari pengalaman sendiri dan manusia sekeliling. 

Kesimpulannya, jodoh memang di tangan Allah, tapi usahalah mencarinya. Jangan takut. Fikir yang memang sekarang baik, tapi masa depan kalau dia jadi jahat cmana. Nama pun masa depan, mana la kita nak taw kan. Kalau kita dah pilih orang tu, berdoa and bertawakal. Ubah diri jadi lebih baik, insya Allah partner kita pon akan belajar jadi lebih baik. Jangan asyik cari kesalahan partner kita, ape2 bincang la sama-sama. 

Untuk yang belum bertemu jodoh. Jangan risau, mesti ada someone yang akan suka kita. Someone yang Allah dah tentukan utk kita. Tak payah nak cakap, ala aku xlawa sape nak suka kat aku. Sebab ada je org yg muka biasa tapi pakwe hensen gila babeng and kaya plak tu. Cun cmana pon, jangan tipu la hati jugak paling penting. Kalau muka cantek je, hensem je tapi menyakitkan hati 24 jam sehari 7 hari seminggu nak wat ape kan. Memilih tu boleh tapi jangan sampai letakkan impian yang bukan-bukan. Kita pun xperfect, so jgn expect lebih2 dari bakal jodoh kita la kan. Tu nama dia mengelakkan jodoh ade la.

Sekian, mekasih :) hehehehe.
p/s : seronok tgk org dah kawen..kikikiki


Wednesday, October 5, 2011

Edisi Cinta La La La~~

Perfect song for a perfect scene. The best love is when you could be yourself when you're with him..even if you bring out the worst from each other..love is..intense.


Laugh. Cry. Fight. Scream. Smile.

As long as we are crazy about each other, then it's fine.

XOXO

Thursday, September 8, 2011

Satu Hari Di Hari Raya Saye Tercedera Dek Balang Kuih

Dear all,

Wow! After raya, I quickly revised all blogs I'm following as I don't wanna miss anything:)

I follow one's blog only if I'm interested in cara penulisan diorang, cara diorg bercerita and if they sell any interesting stuff for sure!!! Hehe. So I have to keep myself updated with what's happening kan? Gila stalker haha.

Only then I realise, I didn't even update mine. Sorrrryyyyyyyyyy.

Okey, as I reached hometown (Parit Buntar, Perak) on Raya morning at 6 a.m. I quickly take a nap right after. At around 8 a.m, I woke up, mandi sunat Hari Raya, bersiap as we are going back to my Tok's house which is only 15 minutes away.

Oh lupa, disebabkan time balik tu is my first time naik keretapi amik coach katil, jadi sgt jakun. Lupa nak snap pic of the bed coach. Naik keretapi dah byk kali tp 1st time ade kosong kat bed coach yeay!!! Tu pun katil atas, xpe, asal boleh tido dgn bahagia tanpa disiku org sebelah atau org sebelah terlentok atas bahu (in case of seating coach). Dan disebabkan tido dgn sgt bahagia, xsedar lansung bila sampai Parit Buntar. Tapi right when the train stops at Parit Buntar, I woke up (cam terkejut dan tersentak dr tido), selak langsir dan cakap "Eh, station ni mcm kat Parit Buntar rupa die". Dgn cuak dan suara kuat, terus tanya amoi cina kat tepi katil sebelah. "Ni kat mana??". Sebaik saja die jawab "Parit Bun.." I terus lompat katil hokey. Xperlukan tangga lagi haha. Tarik sume beg and bantal (okey bawak bantal lebih xsalah kan haha) dan lari terjun tren. Pastu termengah-mengah la kat bawah huhuuuu. Nasib bek xterlepas g Padang Besar ke naya je. Pengajaran : Lain kali klu conductor tu tanya boleh bangun x, jgn confident cakap, insya Allah boleh punye. Diorang xtolong kejut!! Huwaaaaa..

Okey, ini muka gembira sebelum bertolak ke kampung walaupun kepenatan.




Sorry gegaran hebat sebab nak wat muke poyo sebegini. Okey ni baju raya tahun lepas, recycle je. Beli pashimna baru supaya xketara la konon. Sedangkan smpai kampung je makcik terus tanya, "Baju tahun lepas kan?"..argh makcik kenape cakap kuat2??

Sebelum itu, sesi bersalam-salaman. Suruh mama and abah duduk kemudian semua beratur utk salam.

Diperkenalkan..mama dan abah :


Yong a.k.a kakak sulung.


Ngah a.k. saye :) Lihat mama yg gembira dapat duit raya dan saye yg sedang cium2 pipi abah.


Yan a.k.a no.3


Lutfi a.k.a no.4 yg g merayau kejap pagi tu sebelum balik umah


Dan..Luqman a.k.a adik bongsu


Camwhore selepas itu..adegan berebut duit raya :


Tahun ni xdapat bagi duit raya kat semua sedara and sepupu sebab under budget constraint. Kate nak kawen! Haha. So just bagi duit raya kat mama, abah, adik2, tok and 2 org anak menakan saje :) Alhamdulillah, dapat sampul duit raya opis baru .


Kuih muih di atas meja.

Maktam and family sempat dtg kejap pagi tu 


Yong dgn Abg Fendi yg kawen pas berchenta 8 tahun!!! Dan masih berchenta bersama 2 org anak pulak hehe.


 Ni Fareez yg bijak dan aktif dan byk cakapppppppppppppppp hahahaha.


Ni Safiyya yang pagi raya dah tido ehehe.

Pastu..xsampai 20 minit je kat umah tok, terjadilah kejadian ini.

Time tu tgh sedap mengunyah maruku kat meja utama kat ruang tamu. Semua org tgh borak2. Fareez tgh main2 kat tepi sambil tengok2 kuih. Saye dgn tiba-tiba tanpa niat nak makan pon bukak la satu balang berisi kuih bangkit. Pastu nak letak balik sebab nampak xmenarik pulak. 
Time nak tutup balang tu, penutup die cam longgar. Tangan belah kiri pegang bawah balang, yg kanan nak tekan la penutup balang tu bagi ketat. Tiba-tiba...prang!!!! Bersepai dan berderai penutup kaca tu. Time tu darah memang memancut dgn hebat la. Dan..pakai baju putih memang habis jadi merah, tahniah. Haha. Penuh kat lantai, atas meja abis kotor umah tok. Darah non-stop. Sume sedara tercengang dan xterkata. Saye pon xtaw nak wat ape cam terkejut sangat, sampaila rasa pedih amat dan tgk darah membuak-buak, baru la menejerit tolong!!!! Time tu sume org lari g amik kain la tisu la minyak gamat la. Nasib bek kakakku syg terus cakap bawak g hospital ni teruk ni. Abah pon gelabah dan cepat2 bawak g hospital, Yan pon ikut jugak.

Dah la on the way tu dgn ade keretapi lalu lagi adoi tangan dan pedih giler ni. Sampai je hospital, terus g ICU and ada sorang M.A tu cuci darah sebab penuh darah xtaw kat mana luka. Sakit dia tekan2 sebab dah bengkak jari tu huwaaaa. Rupanya kat jari telunjuk belah kanan. Pastu die suntik bius sebab nak jahit, serius sakittttttttttttt!!! Tak taw nak cakap. Tapi time jahit memang xrasa la. Tengok2 7 jarum kena huhu. Pakcik tu sempat tanya lagi, ni pakai baju putih and pakai cincin ni, baru lepas bertunang ke tadi?? Huwaaaa.

Pastu terus balik umah je sebab cam lemah gila darah kuar banyak. Terus melantak dengan berjaya sambil tangan denyut2. Hehehe.

Inilah hasilnye :

 


Ni pulak outfit raya ke 2. Tiba-tiba rasa nak pakai inner awning cmni balik selepas sekian lama beryuna dan berhana tajima dan berpashimna.


3 beradik yg bising dan kucar kacir dan riuh rendah dan kelam kabut. Dalam gambar xnampak kan?? Haha.

 Okey xmau dah pakai tudung camni. Muka jadi gemuk berganda. Hukhuk..

Isnin lepas dah bukak jahit sambil menangis dan menjerit satu klinik. Sebab....terima kasih sebab bukak jahit saye walaupun luka still berdarah..terima kasih jugak pakcik M.A sebab jahit sgt kemas dan rapat smpai time diorang nak bukak jahit diorg tarik dgn hebat. Huwaaaaaaaaa

Serius, trauma. Duduk sorang menggigil ingat kesakitan bukak jahit lebih dari tengok cerita seram gigil die.

Okey, nak g jalan-jalan cari tudung. Jumaat kan rehat 2 jam hehe.

Daaaaa....Sorry entry campur BM BI ntah hape hape ntah.




Friday, August 26, 2011

Salam Merdeka Raya :)

Salam and Hi everyone.

Selamat Hari Raya in advance.

Dan jugak Selamat Meyambut Hari Merdeka :)

Sedih bila Ramadhan dah nak tiba ke penghujungnya..

Tapi apapun bersyukur masih diberi kesempatan menjalani Ramadhan tahun ini. Gunakan beberapa hari yg berbaki dgn membuat amal ibadah sebanyak mungkin :)

Akan balik malam raya, Isnin sebab kena kerja lagi..huhu.

Tapi xpe fikirkan balik umah pun dah rasa sangaaaaaaaaaaaaatttttttttttttt happy.

Lama xjumpak mama dan abah yg loving itu.

Lama xjumpak adik beradik yang berbagai ragam dan hingar bingar.

Lama xjumpak anak menakan yang makin besaq dan comel.

Lama xjumpak kawan2 sekolah rendah dan menengah kat area rumah.

Lama xjenguk Parit Buntar. Dulu 2 bulan tinggal, tengok2 dah ada Secret Recipe and Old Town White Coffee (utk pekan kecil ini sgt mengagumkan taw!) hehe.

Dah beli baju raya kaler turquoise dan pashmina corak bunga2. Juga membeli satu pashmina merah putih utk padankan dgn bju raya tahun lepas yg jarang dipakai. Save katakan hehe.

Selain tu, beli satu kemeja longgar hitam utk pakai dgn skirt jeans kesayangan dan shawl satin hitam polka dot warna warni.

Lengkap sudah. Penat sudah bershopping dekat Jalan TAR.

Semoga bergembira semua!!!!


Tuesday, August 23, 2011

Edisi Update Sebelum Raya Pastu Tunggu Masuk Keje Plak Baru Update

Hi lovelies :)

I have a new hobby. Stalking. Fb, blog, google u name it. 
Who I choose to stalk?? Well, that's a secret if not, they won't call it stalking rite? Hehe.

Just some updates (like anyone care) :

1. DID NOT buy baju raya yet. Arghhhhhhhh!!!!! I have surveyed these awesome + cute polka dot cotton baju kurung, but yesterday when I pay another visit before actually buying it tomorrow (sebab gaji masuk Isnin), there were only 4 pairs left and yang biasa2 je bukan yang vintage yg saye berkenan tuuuuuuuuuuu...now I really don't have the mood or determination to buy baju raya. Huhuuuuuu.Let's hope tomorrow I would find my perfect outfit. Oh sorry, any available outfit haha.

2. Bought 2 jars of cookies from my housemates yang sell on behalf of their friend and relatives. A jar of almond london in orange flavour & a jar of cake+muffin+with blueberry filling inside (yummy!!!). I plan to buy some kerepek pisang and kerepek pedas tomorrow :) Kudap2 sambil tgk t.v time raya (kan banyak rancangan best, walaupun dah ulang 25 kali) haha

3. Dah beli tiket tren balik umah awal bulan lagi hehe. Dengan harapan dapat naik yg katil this time around. And memang dapat!!! Tapi top bunk time balik (oh saye balik malam raya, pfttt!!!) and lower bunk time balik KL (malassssssssssssssssss), jadi dapatla try ape perasaan balik sambil tido tengok2 dah smpai rumah. Before this, sakit pinggang, belakang semua la sebab asyik dapat yg seat biasa je hukhuk.

4. Tak sabar menantikan nak makan ayam penyet lagi bersama cik abg kerana dua2 dah sangat mengidam ayam penyet ituuuuuuu..sedappppppppp lapaqqqqqqqq ish tetiba plak. 

5. Tengah berusaha menganyam ketupat kerana ada pertandingan deko antara department sempena raya dan merdeka. Terkial-kial tengok YouTube "Cara Menganyam Ketupat". Siap kena gelak dengan abg2 opis sebab diorg terer la plak (maluuuuuuuuuu)..akhirnya berjaya buat seketul ketupat tapi depan cun belakang compang-camping. Ntah apa masalah dia (sedangkan diri sendiri in denial xpernah lansung menganyam).

6. Asyik fikir kebosanan kerana semua housemates akan pulang beraya this Saturday dan saye tinggal seorang diri. Abg pon balik Saturday, jadi..my plan..to cook some new dishes! Yes, sure. Hehe.

7. I think a lotttttttttttttttttttt these days. About my future that is. And looking back, I guess I've hurt some hearts unintentionally, but still, I should've not do that in the first place. So I am sorry for everything. I'm still learning to love.

8. Okey that's all, for now, I'm still thinking of what to eat. Adoilaaaaaaaaa bosan dah makan nasik, nasik time sahur je. Jadi..........nak makan ape ye?? Huwaaaaaaa...okey okey maybe burger?? Or mee??

Until then, have a great days ahead everyone. Do ur shopping tp jangan membazir. Saye beli satu baju je tahun ni dan tudung berharga RM10. 

Take care!!!




Wednesday, August 10, 2011

Ada Apa Dengan Cinta..

Hi all,

I've been sneezing since morning..already taken my medicine but still I don't feel like sleeping at all..now that's what I call super-sinus!!! Haha. I've been dealing with sinus since I was born, so my body sort of like immune to any medicines I guess:P

Well today..I decided to talk about love. In general, specific whatever. Just to let out my thoughts on this once in a blue moon (yeah right).

Love is the strangest thing I must say. Before you fall in love, you'll list down (or at least put in mind) all the criteria of your future bf /gf /prince charming /princess such as 1. Handsome and hard abs like Taylor Lautner........................................ oh sorry, I kept on drooling. 2. Taller than me  3. Love eating  4. Own at least a Lamborghini  5. Know how to cook ...the list will goes on and on..yada yada yada....

But believe me, when you meet that special person, you usually meet those who doesn't meet any of your criteria or maybe just 1 or 2 basic criteria in the list. Yes, you did list Taylor Lautner look-alike but you'll end up with a fair skin guy with quite bear-y figure. So what? Love surpasses that. Once you'll get to know a person deep down inside, know their heart and the way they treat you, you just don't care about how they look anymore (but please be reminded that appearance is important, take a very good care of your image okey, you don't want your prince charming/gf feel bored or ashamed to be seen with you! Haha).


Love makes you happy but it hurts you at the same time. There'll be conflicts, ups and downs, tantrums etc but if you know how to handle such things, you can get through anything calmly. And know what, that's what a relationship is all about. You argue, you fight just to learn and understand more about each other. I heard that if you could pass the 2 years in a relationship, you could get thru everything else afterwards and yes, I did saw this trends in my girlfriends' relationship.

Once you're hurt, there'll be a lack of trust should you want to start a new relationship. Your heart will be broken, that's for sure but you'll learn a lot and you'll avoid the same mistake that you had did before. All in all, all of that are the processes to be more mature in life. Don't get surprise if previously, you loved someone so much that you think you would never let him go, but as the relationship turns sour and meaningless, you'll be happier if you let go. You'll be happy that the person used to be in your life and now that you are going to start over, you're going to smile everytime you remembered all the good and bad times both of you went thru together.



We grow in love. We learn about each other and we try to tolerate with each other's differences in order to make a relationship works.




Love gives peace to our mind, and bring fire to our soul. It makes us feel alive but it also break us sometimes.

Either one, you are blessed if you'll get to be loved back by the person you loved.

And it will mean the world should the two of you end up in a marriage. If not, move on and feel happy for yourself..as only people who love him/herself before they find love, could love others as they have a lot of love inside.

Learn to love yourself, then someone will love you, fret not:)





So smile :) And love.





Thursday, August 4, 2011

Trust Issue

Hi all,

So sorry for not updating my blog earlier..these past 2 weeks, I feel kinda gloomy, sad, depressed and everything related to it..despair, pain in ur heart in ur head yada yada yada...

Why?? I can't quite figure it out yet..maybe I keep remembering past experiences..which hurts a lot.

And still..after all these times..I just can't get it out of my mind..maybe for some people it might be considered as small matter but for me, no such thing as a small matter when it could ruin my relationship, life whatsoever.

Yes, I apologized for being rude as I dun wanna die in sin towards human. But inside my heart, it still ache. I just don't know, I can't even think how someone could said such thing, such inappropriate things. Joke or no joke, it doesn't really matter, you just have to take care of your manners.

Hmmm..there's nothing I could do. People say past is past, but don't u dare say that u have forgotten what's past..deep inside, and occasionally, u will still think about that thing. that person. that mistakes.

Now, I just wanna pray to Allah to ease my pain and soothe my soul as I just don't know how to overcome this.

I still hate her. That's for sure. Forgiving doesn't mean a friendship neither to forget.


I just wish, one day, u have a taste of your own actions and on that day, u'll think of me.

Most importantly, u'll ache like I do.

Then, it's equal.

Wednesday, July 20, 2011

La la la~~~update edisi 'Sangat'

Hi sume:)

Saye janji akan update belog secepat dan sebanyak mungkin.

Sangat busy sampai xcukup tangan dan kaki nak menaip.

Sangat pokai sampaikan 2 hari dah makan megi Asam Laksa je.

Sangat rindu nak balik kampung.

Sangat malas nak bangun pagi.

Sangat kelaparan nak makan nasik kukus ayam goreng berempah kuah gulai dengan sambal sedap.

Sangat menunggu hari Jumaat sebab dapat gaji, awal2 pagi nak g korek akaun dah mendapatkan duit.

Sangat pelik kenapa time makan sup hari2 berat xturun tapi bila sekarang makan nasik 2 kali seminggu boleh kurus pulak.

Sangat rasa nak hentam seseorang sambil ketawa dekah dekah (xmolek sungguh).

Sangat rasa nak marah, jadi jap lagi kat stesen LRT tolong la berdiri sebelah kiri dan bagi laluan kepada saya, kalau x, saya akan jadi annoying gila dengan berkata "Sekius me.." sambil buat muka fedap (fed-up) ala-ala graduan baru balik dari London.

Sangat nak pegi jalan-jalan tapi dah 3 hari google tetap xde idea nak g mana.

Sangat rasa nak baring tapi ni kat ofis lagi, nak cepat sampai umah kena jalan dulu hukhuk.

Sangat rindu kat seseorang yang manja cam kucing meow2 dengan saya sedangkan dgn orang lain dia cover hehe.

Sangat nak makan cupcake red velvet. Atau kek. Atau macarons. Atau apa apa jua yg red velvet.

Sangat rasa nak dimanjakan dengan diurut dan difacial di spa. Oh mungkin juga mahu membuat perubahan (lagi??) kepada rambut haha.

Kesimpulannya, hari ini sangat penat, namun saya gembira kerana di penghujung hari ini, nasi kukus menanti saya. Juga pakwe kesayangan yang bersedia mendengar keluhan dan rungutan aweknya.

Terima kasih TummyTrim.

Sekian, kemas beg dan lari laju-laju balik umah yeay!!!!!!!!

Yeay!!!!!!!!!!!!! Lagi sekali sambil wat ombak..yeay!!!!!!!!!!

Oh rasanya xde sape kat umah malam ni sebab semua g tengok Chelsea lwn Malaysia.

Saye yang xpegi?? Layan..eh citer ape hari Rabu malam kat TV3 ea??

Okey sekian. Babai.

Thursday, June 30, 2011

What a feeling :)

Hi everyone!!!

Gosh dunno where and what to start with:P

Despite of Fufu having another operation (shoulder that is), I am still happy:)

When I visited him at the hospital, he's very veryyyyy concern about me.

It's lovely. Not on how I will go home from the Hospital (yg masya Allah jauh amat) & how org jahat will do bad things to me & on how late I stay at the hospital, dah malam baru nak balik.

All that but....

This one thing. He look at me worriedly. He thought I will leave him during his recovery.

I laugh and I was like..what??? Haha please don't doubt my feelings for you la syg..

I won't do that. You are everything to me.

Remember when you had your knee operation? I was there for 3 continuous days!

It was a long journey there, I even had to walk for how many k/m I can't even recall (sesat some more), but you know I'll do that for you rite?

Because you did everything for me.

Remember when I slipped at sprained my arm soooooooooo badly? You still make time to accompany me to the clinic although you had to leave your futsal game earlier. You don't even complained. And I would smile everytime we went to clinic together. Before I even open my mouth to explain on my conditions, you will spill out everything first. Well, you really know me baby haha. Funny. And siap membebel kat doktor cakap I malas makan ubat la itu ini kan kan..amboi3x........... hahahaha.

Remember when I was like a mad woman scolding you saying this that everything..but you still stay patient with me aite? I seldom do that.

Oh I love how you complimented the way I dress and my makeup & also tegur kalau you think it is too tight ke jarang ke ape ke (sometimes I don't realise huhu). Kdg2 you are like my best girlfriend! Hehe. You know what suits me and what not. You loves me sans makeup or with just a light touch of makeup. And if I wear lenses, you'll stare lama2 which I like! hahaha just love the power of lens! And everytime I wear new scarf with new style, you always look amaze! Girl loves praises okey, verbal or non-verbal haha.

If we went out, sometimes I just take a look at some bracelet, anklet, ring etc coz I love looking at cute things! But you unselfishly buy them for me! I'm so grateful:) Our ring? Yeah maybe it's cheap but it means the world to me, got that? And don't compare yourself with anyone in my past. Now I'm with you, they were just...past.

I think we argued enough. Cry enough. Mad at each other enough. Throw tantrums at each other enough.

Now, at our life stage, we are calmer. We discuss things, we solve problems, we don't wanna hurt each other anymore aite?

And we are more focused.

Saving up for our future. No more games. No more secrets.

Just us and looking forward to our married life, insya Allah.

I'm glad I found you. In you, I found my friend, boyfriend, soul mate and hopefully one day, husband:)

Hey syg, you keep repeating that I'm gonna leave you. But trust me, it never cross my mind. Not even once. I know it from the first time we met. I pray for Allah in every single prayer...

"Ya Allah, jodohkanlah aku dengan Mohd Fuad bin Shaari"

As simple as that :)


(muke berminyak sebab xmekap sila abaikan haha, he said he loves me au-naturel kan kehkehkeh)

p/s : and you are more manja nowadays..alolooooo. I heart you abg!

Tuesday, June 21, 2011

Kisah Cinta - Bab 1

BAB 1


Hari itu hari Jumaat. Imaan masih di tandas membetulkan tudung labuh yang dipakainya. Sejak dari Tingkatan Satu dia ditempatkan di SMKA Nibong Tebal itu. Pada tahun ketiga, dia dilantik menjadi Exco Sukan bagi badan pengawas sekolah tersebut. Setiap pengawas pula akan ditugaskan menjaga sebuah kelas di waktu pagi, semasa perhimpunan, semasa kelas ulangkaji petang dan juga waktu-waktu ketiadaan guru. Selain itu, sebagai Exco Sukan, dia perlu menganjurkan acara-acara sukan di peringkat asrama dan juga sekolah selain memastikan stor sukan asrama terjaga sentiasa.

Pengumuman oleh ketua asrama dari bawah membuatkan semua pelajar berkejaran turun ke bawah.

“Semua pelajar dikehendaki turun sekarang!! Dalam kiraan 10…9…..8…7….” suara Baiti berkumandang di segenap asrama puteri itu. Bunyi laju derap tapak kaki menuruni tangga asrama secara beramai-ramai membuatkan Imaan tergelak sendiri di dalam tandas. Setelah mengenakan nametag, dia keluar dan menanti di hadapan aras itu untuk pemeriksaan pagi.

Dia menjenguk ke balkoni aras dua itu.

“Baiti!!! Dah boleh check ke?” laungnya dari atas.

“Semua pengawas boleh check aras sekarang” laung Baiti kembali dari bilik gerakan pengawas di bawah.

Imaan bergerak dari satu bilik ke satu bilik untuk memeriksa kebersihan aras sebelum semua pelajar yang sedang roll-call di bawah diberi arahan untuk bergerak ke bangunan sekolah. Di sekolah itu, setiap hari Jumaat, pelajar perempuan akan memakai kain pink manakala yang lelaki akan memakai sampin hijau. Imaan sangat suka melihat keadaan itu. Dia sangat sayangkan sekolah itu. Di situ dia belajar erti tanggungjawab, ukhuwah, ditambah pula dengan bimbingan ustaz ustazah yang bukan sahaja menitikberatkan tentang agama, malahan juga sahsiah pelajar.

Imaan pasti semua bilik dan bilik mandi dalam keadaan bersih.

“Okey cun aras dua ni!!” Imaan menunjukkan isyarat bagus kepada Baiti. Baiti mengangguk lantas melihat ke arah pengawas-pengawas di aras lain pula.

“Okey semua turun roll-call”, arah Baiti. Imaan mengambil beg sandang tepinya di tepi dinding. Beg yang kelihatan sudah agak lusuh itu diusapnya perlahan. Beg itu sangat disayanginya menyebabkan dia malas hendak membeli beg baru walaupun sudah banyak kali diperli oleh rakan-rakannya. Imaan malas ambil kisah. Semua orang tahu dia seorang yang sempoi dan simple.

Imaan terus bergerak ke barisan pelajar-pelajar Tingkatan Satu di bawah jagaannya.

“Kak Imaan comel!!!!!!!”, sahut budak-budak itu.

Imaan tersengih-sengih. Dia sangat sayangkan budak-budak tersebut. Tapi kadang-kadang datang nakal mereka, boleh jadi sakit kepala juga dibuatnya. Sarah, rakannya yang menjaga pelajar Tingkatan 2 di barisan sebelah mencuit bahu Imaan.

“Ape?”, Tanya Imaan tersenyum.

“Kau suka la tu kan….” Sarah senyum meleret.

Imaan pura-pura tidak faham.

“Apa? Apa? Suka apa ni? Haha..”

“Tu tu.. tengok tu..kau punya crush ada kat situ” muncung-muncung mulut Fatin, seorang lagi rakan pengawasnya menunjukkan ke sebelah asrama lelaki. Kelihatan pelajar putera memenuhi perkarangan asrama itu untuk roll-call pagi itu.

“Eh mana, mana?” Imaan terjenguk-jenguk untuk melihat kelibat orang yang dimaksudkan oleh rakan-rakannya itu. Puas dia meneliti di celah-celah orang ramai itu. Namun, kelibat pelajar lelaki yang agak tinggi itu cepat menangkap perhatiannya. Mata Imaan terpaku pada pelajar itu, agak lama. Dia seorang pengawas juga tapi di kalangan pelajar junior, Tingkatan 2, Imaan pula dalam Tingkatan 3 tahun itu.

Imaan mengamati dari jauh. Pelajar itu agak tinggi, berkulit sawo matang, senyumannya cantik dan matanya…coklat! Sumpah! Imaan yakin kerana dia pernah berselisih dengan pelajar itu beberapa kali.

“Kau ni ibu ayam betul kan. Suka kat budak-budak. Apa punya taste la..” perli Amira yang datang tiba-tiba dari belakang. Keempat-empat mereka ketawa. Dalam hati, Imaan bersyukur mempunyai kawan-kawan baik yang bukan sahaja memahami dirinya yang agak sengal itu, tetapi juga sentiasa menyokong apa sahaja keputusannya. Normal atau tak normal.

“Entahla..tapi first time aku tengok dia..hati aku macam suka sangat. Tapi korang faham-faham la, kita dah la dekat sekolah agama ni, nak bercinta apanya..ni pulak dengan junior..lagila nak kena bunuh aku dengan ustaz ustazah semua tau!”balas Imaan selamba.

Mereka ketawa lagi. Mata Imaan masih mencuri-curi pandang ke arah pelajar tersebut. Imaan tidak akan melakukan perkara yang akan menyebabkan imejnya dipandang serong. Lagipun di situ, dia seorang pelajar yang aktif dan disayangi oleh kebanyakan guru-guru. Sejauh manapun hatinya meronta-ronta hendak mendekati pelajar itu, dia tidak sanggup kalau imejnya jadi pertaruhan. Lagipun sebagai senior, dia seharusnya menunjukkan contoh terbaik untuk junior-juniornya yang lain. 

Selepas beberapa pengumuman oleh para pengawas, semua pelajar dibenarkan bergerak ke tempat perhimpunan utama di dewan sekolah. Kedua-dua pelajar putera dan puteri akan bergerak bersama-sama menuju dewan sekolah. Dalam hati, Imaan memang sukakan saat ini kerana selalunya kumpulan pelajarnya akan bertembung dengan kumpulan pelajar lelaki itu…Nazrul Firdaus..dia seringkali mendengar rakan-rakan dia memanggilnya dengan nama Naz. Lamunan Imaan terhenti tatkala melihatkan Naz melintas di hadapannya. Naz memandangnya dan tersenyum manis.

Serius, Imaan rasa jantungnya sudah tercicir di belakang ketika itu. Adoila hati, kenapa cepat sangat terkesan ni? Imaan membalas dengan senyuman kembali. Dirasakan mukanya merona merah. Sejak bila aku jadi pemalu ni, bisiknya sendiri. Mereka terus bergerak ke dewan. Imaan tersenyum sepanjang jalan.

Seperti biasa, di dewan perhimpunan Jumaat akan dimulakan dengan bacaan Asma’ul Husna, lagu sekolah, lagu negeri dan seterusnya doa daripada wakil pelajar. Kemudian, pengetua akan memberikan ucapan.

“Seperti semua sedia maklum, dalam masa 2 minggu lagi pertandingan kawad peringkat negeri akan diadakan di sekolah kita. Saya dapat lihat semua pasukan Kadet Remaja Sekolah putera dan puteri, Pandu Puteri dan pengakap telah menjalankan latihan kawad setiap hari. Saya harapkan pada hari pertandingan, semua pelajar akan menunjukkan kesungguhan dalam membawa nama sekolah ke peringkat yang tertinggi. Saya amat berbangga dengan kejayaan kamu semua sebelum ini”, pengetua menutup ucapannya disambut tepukan gemuruh semua pelajar.

Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh, banyak anugerah telah dimenangi tidak kira dalam bidang akademik mahupun sukan, Sebarang pertandingan, tidak sah kalau SMKA tidak menang dalam kebanyakan acara tersebut. Kadangkala, semua pingat bersih disapu oleh SMKA. Imaan tersenyum bangga. Dia juga merupakan wakil untuk debat Bahasa Inggeris dan public speaking untuk sekolah mereka itu.

Dan lagi dua minggu Imaan dapat menyaksikan pertandingan kawad dengan  gembira..kerana Naz merupakan ketua platun Kadet Remaja Sekolah putera yang telah memenangi Ketua Platun terbaik tahun lepas. Walaupun terkenal, Naz tidak sombong dan tidak pernah bermegah dengan kejayaannya. Pandai dalam akademik, ditambah pula dengan rupanya yang kacak, ramai pelajar perempuan yang berangan inginkannya. Imaan tahu dia tidak akan dapat memiliki Naz sekalipun dia mahu..tapi jauh di dalam sudut hatinya, dia mempunyai keyakinan bahawa mereka berdua boleh menjadi sesuatu…bila masanya, dia tidak tahu. Entah-entah itu sekadar impiannya sahaja.

Berangan lagi aku, getus Imaan sendirian.

Semua pelajar sudah mule bergerak ke kelas masing-masing. Imaan pun tidak sedar yang perhimpunan sudah tamat. Die bergerak mengambil beg di belakang dewan dan menuju ke arah rakan-rakannya yang menunggu di luar dewan.

“Jom wei…homework semalam aku tak siap lagi tau. Habisla aku. Nanti bagi tiru sikit ye cik Sarah sayangggggg….” pujuk Amira memeluk Sarah.

“Wah wahhhhh tu la semalam aku ajak buat sama-sama, kau tak nak! Betul nak tiru? Betul?”, tanya Sarah sungguh-sungguh.

Amira angguk laju sambil membuat muka kasihan.

“Boleh..boleh kalau kau bayar aku!!! Haha”, balas Sarah menepuk-nepuk pipi Mira.

“Woi!!! Berlagak dengan aku ye!”, Mira mula berlari anak mendapatkan ketiga-tiga rakannya yang mengetawakannya.

“Aku serius tak faham macam mana la kau boleh jadi pelajar terbaik dalam kelas okey…dalam kelas dah la tidur memanjang! Homework tiru orang punya! Apa la kawan aku sorang ni..” Fatin geleng-geleng.

Mereka bertiga menoleh melihat Imaan yang asyik diam daripada tadi. Fatin menunjukkan isyarat senyap kepada Sarah dan Mira. Dia mencucuk pinggang Imaan.

“Oi mak kau tergolek kenapa!”, dengan kuat Imaan melatah. Dia spontan menutup mulut.

“Kurang asam punya member, wei!!!!”.

“Kau ni kat dunia mana ha? Alien? Sesat kat sini ke? Hai Alien, ni Bumi, cepat sedar!!” Sarah ketawa.

“Haha jahat la korang ni. Eh minggu depan outing nak tak? Boleh aku beli stok makanan sikit”, ucap Mira.

“Ha..tu la kerja kau! Makan, makan…asyik beli stok..mana stok kat pinggang kau tu tak bertambah!”, Imaan mencubit lemak di pinggan Mira.

“Oi jangan! Pecah lemak aku! Haha”, Mira ketawa. Sememangnya dia gemar makan, terutama makanan manis. Setiap kali outing, yang wajib dibelinya mestilah Oreo, Munchy’s, Julie’s, tidak kira biskut, love-letters, coklat, semua dibelinya. Badannya yang agak tembam itu selalu menjadi mangsa cubitan Imaan, Sarah dan Fatin.

“Macam mana? Keluar tak kita ni?”, soal Sarah lagi.

“Wei……tak payah la keluar minggu depan please……..teman aku”, rayu Imaan memeluk lengan Sarah.

“Kenapa? Kau ada pertandingan ke? Setahu aku debat tu bukan bulan depan ke?”, tanya Fatin.

“Korang suka tak bila aku bahagia?” Tanya Imaan.

Mereka semua mengangguk.

“Korang mesti nak tengok aku gembira kan?”.

Angguk lagi.

“Bagus! Jadi minggu depan semua teman aku tengok pertandingan kawad kat sekolah ye? Kita keluar minggu lepas tu la ek…”, pujuk Imaan.

Sarah, Mira dan Fatin berpandangan sesame sendiri.

“What????” serentak mereka menjerit.

“Kau ingat kami sanggup tak keluar sebab nak layan kau buat kerja tak berfaedah ushar si Naz tu sampai terkeluar bijik mata?”, tanya Sarah.

Imaan menarik muka masam. Lama. Senyap.

“Ye la ye laa….lama-lama aku pun jadi gila sekali dengan kau. Lepas ni kalau si Naz tu syok kat salah seorang daripada kami, kau jangan meroyan plak tau!”, Fatin ketawa terkekek-kekek.

“Ah, jangan harap! Aku punya tu! Thanks kawan-kawanku sayangggggg…….” Imaan memeluk mereka bertiga kuat-kuat.

“Wei lepas la! Dah la lambat masuk kelas, selamba ayam je! Jom..jom..” Mira menarik lengan kawan-kawannya itu.

“Mira..”

“Apa?” Tanya Mira.

“Yang selamba tu kami semua..yang ayam tu kau!” mereka bertiga berlari masuk kelas meninggalkan Mira terkebil-kebil sendiri.

Mira gelak.

“Jahat!!!!!!!!!”