MONOLOGUE
Imaan termenung jauh. Dia berdiri di balkoni rumah sewanya itu. Lebat hujan hari ini, gumamnya sendiri. Hendak menangis, terasa sudah kering air mata. Tapi untuk apa menangis? Bukankah jalan hidup kita, kita yang tentukan? Dan aku...aku yang memilih sama ada aku mahu dia, atau dia..Jadi kenapa hati ini rasa berat untuk melepaskan dia? Dia menadah tangan jauh, membiarkan titis-titis hujan menimpa tapak tangannya. Ya Allah, hibanya hati ini.
Dia menoleh ke belakang melihat rakan-rakan serumahnya yang sedang leka berbual dan bergelak ketawa. Dia tersenyum sendiri. Bunyi hon kenderaan sarat kedengaran dari arah jalan bertentangan dengan rumah mereka. Hendak sangat hidup di kotaraya moden ini, terimalah sahaja bunyi bingit yang setiap hari kedengaran. Kedudukan rumah Imaan di apartmen Vista Angkasa, di tengah-tengah bandar itu amat berdekatan dengan lebuhraya persekutuan, sementelahan segala bunyi kenderaan dapat didengar dengan jelas oleh mereka.
Hujan masih turun dengan lebat.
Imaan melepaskan keluhan berat. Mengapa sukar sangat nak jaga hati semua orang? Kalau aku mampu, aku tak mahu sesiapa pun kecewa..apa lagi terluka disebabkan aku..tapi..apapun tindakan dan keputusan aku kelak..pasti ada yang akan terluka. Aku..kelopak matanya mula terasa berat. Bunyi gelak ketawa itu tidak mampu memberi kesan pada jiwanya yang sedang kacau.
"Imaan..", bahunya disentuh lembut.
Imaan menoleh. Fatin duduk di sebelahnya, mengamati wajah rakan baiknya sejak di bangku sekolah itu.
"Kau okey? Kalau ada apa-apa..."
Belum sempat Fatin menghabiskan ayatnya, Imaan menyembam muka di bahu Fatin. Bunyi tangisan memecah suasana malam itu. Fatin terdiam.
"Hey, look at me", Fatin mengarahkan, tegas. Tidak suka melihat rakannya itu kesedihan.
Imaan mendongak.Kulitnya yang cerah bertukar kemerahan dan basah dengan tangisan.
"What's wrong? Is it about Iqbal? Korang gaduh ke?"
Imaan menggeleng dalam esakan.
"Pasal Naz...", ucapnya perlahan tetapi dapat didengari oleh Fatin.
"Are you serious? Naz, you mean Nazrul Firdaus? That's old story, kan..?", pertanyaan Fatin berbunyi agak sangsi. Dia tahu segalanya..namun, sangkaannya semua sudah berakhir. Hubungan itu terputus 2 tahun lepas dan sekarang, Imaan bersama dengan Iqbal.
"Imaan.. tell me everything".
Imaan hanya merenung kosong.
No comments:
Post a Comment