BAB 1
Hari itu hari Jumaat. Imaan masih di tandas membetulkan tudung labuh yang dipakainya. Sejak dari Tingkatan Satu dia ditempatkan di SMKA Nibong Tebal itu. Pada tahun ketiga, dia dilantik menjadi Exco Sukan bagi badan pengawas sekolah tersebut. Setiap pengawas pula akan ditugaskan menjaga sebuah kelas di waktu pagi, semasa perhimpunan, semasa kelas ulangkaji petang dan juga waktu-waktu ketiadaan guru. Selain itu, sebagai Exco Sukan, dia perlu menganjurkan acara-acara sukan di peringkat asrama dan juga sekolah selain memastikan stor sukan asrama terjaga sentiasa.
Pengumuman oleh ketua asrama dari bawah membuatkan semua pelajar berkejaran turun ke bawah.
“Semua pelajar dikehendaki turun sekarang!! Dalam kiraan 10…9…..8…7….” suara Baiti berkumandang di segenap asrama puteri itu. Bunyi laju derap tapak kaki menuruni tangga asrama secara beramai-ramai membuatkan Imaan tergelak sendiri di dalam tandas. Setelah mengenakan nametag, dia keluar dan menanti di hadapan aras itu untuk pemeriksaan pagi.
Dia menjenguk ke balkoni aras dua itu.
“Baiti!!! Dah boleh check ke?” laungnya dari atas.
“Semua pengawas boleh check aras sekarang” laung Baiti kembali dari bilik gerakan pengawas di bawah.
Imaan bergerak dari satu bilik ke satu bilik untuk memeriksa kebersihan aras sebelum semua pelajar yang sedang roll-call di bawah diberi arahan untuk bergerak ke bangunan sekolah. Di sekolah itu, setiap hari Jumaat, pelajar perempuan akan memakai kain pink manakala yang lelaki akan memakai sampin hijau. Imaan sangat suka melihat keadaan itu. Dia sangat sayangkan sekolah itu. Di situ dia belajar erti tanggungjawab, ukhuwah, ditambah pula dengan bimbingan ustaz ustazah yang bukan sahaja menitikberatkan tentang agama, malahan juga sahsiah pelajar.
Imaan pasti semua bilik dan bilik mandi dalam keadaan bersih.
“Okey cun aras dua ni!!” Imaan menunjukkan isyarat bagus kepada Baiti. Baiti mengangguk lantas melihat ke arah pengawas-pengawas di aras lain pula.
“Okey semua turun roll-call”, arah Baiti. Imaan mengambil beg sandang tepinya di tepi dinding. Beg yang kelihatan sudah agak lusuh itu diusapnya perlahan. Beg itu sangat disayanginya menyebabkan dia malas hendak membeli beg baru walaupun sudah banyak kali diperli oleh rakan-rakannya. Imaan malas ambil kisah. Semua orang tahu dia seorang yang sempoi dan simple.
Imaan terus bergerak ke barisan pelajar-pelajar Tingkatan Satu di bawah jagaannya.
“Kak Imaan comel!!!!!!!”, sahut budak-budak itu.
Imaan tersengih-sengih. Dia sangat sayangkan budak-budak tersebut. Tapi kadang-kadang datang nakal mereka, boleh jadi sakit kepala juga dibuatnya. Sarah, rakannya yang menjaga pelajar Tingkatan 2 di barisan sebelah mencuit bahu Imaan.
“Ape?”, Tanya Imaan tersenyum.
“Kau suka la tu kan ….” Sarah senyum meleret.
Imaan pura-pura tidak faham.
“Apa? Apa? Suka apa ni? Haha..”
“Tu tu.. tengok tu..kau punya crush ada kat situ” muncung-muncung mulut Fatin, seorang lagi rakan pengawasnya menunjukkan ke sebelah asrama lelaki. Kelihatan pelajar putera memenuhi perkarangan asrama itu untuk roll-call pagi itu.
“Eh mana, mana?” Imaan terjenguk-jenguk untuk melihat kelibat orang yang dimaksudkan oleh rakan-rakannya itu. Puas dia meneliti di celah-celah orang ramai itu. Namun, kelibat pelajar lelaki yang agak tinggi itu cepat menangkap perhatiannya. Mata Imaan terpaku pada pelajar itu, agak lama. Dia seorang pengawas juga tapi di kalangan pelajar junior, Tingkatan 2, Imaan pula dalam Tingkatan 3 tahun itu.
Imaan mengamati dari jauh. Pelajar itu agak tinggi, berkulit sawo matang, senyumannya cantik dan matanya…coklat! Sumpah! Imaan yakin kerana dia pernah berselisih dengan pelajar itu beberapa kali.
“Kau ni ibu ayam betul kan . Suka kat budak-budak. Apa punya taste la..” perli Amira yang datang tiba-tiba dari belakang. Keempat-empat mereka ketawa. Dalam hati, Imaan bersyukur mempunyai kawan-kawan baik yang bukan sahaja memahami dirinya yang agak sengal itu, tetapi juga sentiasa menyokong apa sahaja keputusannya. Normal atau tak normal.
“Entahla..tapi first time aku tengok dia..hati aku macam suka sangat. Tapi korang faham-faham la, kita dah la dekat sekolah agama ni, nak bercinta apanya..ni pulak dengan junior..lagila nak kena bunuh aku dengan ustaz ustazah semua tau!”balas Imaan selamba.
Mereka ketawa lagi. Mata Imaan masih mencuri-curi pandang ke arah pelajar tersebut. Imaan tidak akan melakukan perkara yang akan menyebabkan imejnya dipandang serong. Lagipun di situ, dia seorang pelajar yang aktif dan disayangi oleh kebanyakan guru-guru. Sejauh manapun hatinya meronta-ronta hendak mendekati pelajar itu, dia tidak sanggup kalau imejnya jadi pertaruhan. Lagipun sebagai senior, dia seharusnya menunjukkan contoh terbaik untuk junior-juniornya yang lain.
Selepas beberapa pengumuman oleh para pengawas, semua pelajar dibenarkan bergerak ke tempat perhimpunan utama di dewan sekolah. Kedua-dua pelajar putera dan puteri akan bergerak bersama-sama menuju dewan sekolah. Dalam hati, Imaan memang sukakan saat ini kerana selalunya kumpulan pelajarnya akan bertembung dengan kumpulan pelajar lelaki itu…Nazrul Firdaus..dia seringkali mendengar rakan-rakan dia memanggilnya dengan nama Naz. Lamunan Imaan terhenti tatkala melihatkan Naz melintas di hadapannya. Naz memandangnya dan tersenyum manis.
Serius, Imaan rasa jantungnya sudah tercicir di belakang ketika itu. Adoila hati, kenapa cepat sangat terkesan ni? Imaan membalas dengan senyuman kembali. Dirasakan mukanya merona merah. Sejak bila aku jadi pemalu ni, bisiknya sendiri. Mereka terus bergerak ke dewan. Imaan tersenyum sepanjang jalan.
Seperti biasa, di dewan perhimpunan Jumaat akan dimulakan dengan bacaan Asma’ul Husna, lagu sekolah, lagu negeri dan seterusnya doa daripada wakil pelajar. Kemudian, pengetua akan memberikan ucapan.
“Seperti semua sedia maklum, dalam masa 2 minggu lagi pertandingan kawad peringkat negeri akan diadakan di sekolah kita. Saya dapat lihat semua pasukan Kadet Remaja Sekolah putera dan puteri, Pandu Puteri dan pengakap telah menjalankan latihan kawad setiap hari. Saya harapkan pada hari pertandingan, semua pelajar akan menunjukkan kesungguhan dalam membawa nama sekolah ke peringkat yang tertinggi. Saya amat berbangga dengan kejayaan kamu semua sebelum ini”, pengetua menutup ucapannya disambut tepukan gemuruh semua pelajar.
Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh, banyak anugerah telah dimenangi tidak kira dalam bidang akademik mahupun sukan, Sebarang pertandingan, tidak sah kalau SMKA tidak menang dalam kebanyakan acara tersebut. Kadangkala, semua pingat bersih disapu oleh SMKA. Imaan tersenyum bangga. Dia juga merupakan wakil untuk debat Bahasa Inggeris dan public speaking untuk sekolah mereka itu.
Dan lagi dua minggu Imaan dapat menyaksikan pertandingan kawad dengan gembira..kerana Naz merupakan ketua platun Kadet Remaja Sekolah putera yang telah memenangi Ketua Platun terbaik tahun lepas. Walaupun terkenal, Naz tidak sombong dan tidak pernah bermegah dengan kejayaannya. Pandai dalam akademik, ditambah pula dengan rupanya yang kacak, ramai pelajar perempuan yang berangan inginkannya. Imaan tahu dia tidak akan dapat memiliki Naz sekalipun dia mahu..tapi jauh di dalam sudut hatinya, dia mempunyai keyakinan bahawa mereka berdua boleh menjadi sesuatu…bila masanya, dia tidak tahu. Entah-entah itu sekadar impiannya sahaja.
Berangan lagi aku, getus Imaan sendirian.
Semua pelajar sudah mule bergerak ke kelas masing-masing. Imaan pun tidak sedar yang perhimpunan sudah tamat. Die bergerak mengambil beg di belakang dewan dan menuju ke arah rakan-rakannya yang menunggu di luar dewan.
“Jom wei…homework semalam aku tak siap lagi tau. Habisla aku. Nanti bagi tiru sikit ye cik Sarah sayangggggg….” pujuk Amira memeluk Sarah.
“Wah wahhhhh tu la semalam aku ajak buat sama-sama, kau tak nak! Betul nak tiru? Betul?”, tanya Sarah sungguh-sungguh.
Amira angguk laju sambil membuat muka kasihan.
“Boleh..boleh kalau kau bayar aku!!! Haha”, balas Sarah menepuk-nepuk pipi Mira.
“Woi!!! Berlagak dengan aku ye!”, Mira mula berlari anak mendapatkan ketiga-tiga rakannya yang mengetawakannya.
“Aku serius tak faham macam mana la kau boleh jadi pelajar terbaik dalam kelas okey…dalam kelas dah la tidur memanjang! Homework tiru orang punya! Apa la kawan aku sorang ni..” Fatin geleng-geleng.
Mereka bertiga menoleh melihat Imaan yang asyik diam daripada tadi. Fatin menunjukkan isyarat senyap kepada Sarah dan Mira. Dia mencucuk pinggang Imaan.
“Oi mak kau tergolek kenapa!”, dengan kuat Imaan melatah. Dia spontan menutup mulut.
“Kurang asam punya member, wei!!!!”.
“Kau ni kat dunia mana ha? Alien? Sesat kat sini ke? Hai Alien, ni Bumi, cepat sedar!!” Sarah ketawa.
“Haha jahat la korang ni. Eh minggu depan outing nak tak? Boleh aku beli stok makanan sikit”, ucap Mira.
“Ha..tu la kerja kau! Makan, makan…asyik beli stok..mana stok kat pinggang kau tu tak bertambah!”, Imaan mencubit lemak di pinggan Mira.
“Oi jangan! Pecah lemak aku! Haha”, Mira ketawa. Sememangnya dia gemar makan, terutama makanan manis. Setiap kali outing, yang wajib dibelinya mestilah Oreo, Munchy’s, Julie’s, tidak kira biskut, love-letters, coklat, semua dibelinya. Badannya yang agak tembam itu selalu menjadi mangsa cubitan Imaan, Sarah dan Fatin.
“Macam mana? Keluar tak kita ni?”, soal Sarah lagi.
“Wei……tak payah la keluar minggu depan please……..teman aku”, rayu Imaan memeluk lengan Sarah.
“Kenapa? Kau ada pertandingan ke? Setahu aku debat tu bukan bulan depan ke?”, tanya Fatin.
“Korang suka tak bila aku bahagia?” Tanya Imaan.
Mereka semua mengangguk.
“Korang mesti nak tengok aku gembira kan ?”.
Angguk lagi.
“Bagus! Jadi minggu depan semua teman aku tengok pertandingan kawad kat sekolah ye? Kita keluar minggu lepas tu la ek…”, pujuk Imaan.
Sarah, Mira dan Fatin berpandangan sesame sendiri.
“What????” serentak mereka menjerit.
“Kau ingat kami sanggup tak keluar sebab nak layan kau buat kerja tak berfaedah ushar si Naz tu sampai terkeluar bijik mata?”, tanya Sarah.
Imaan menarik muka masam. Lama. Senyap.
“Ye la ye laa….lama-lama aku pun jadi gila sekali dengan kau. Lepas ni kalau si Naz tu syok kat salah seorang daripada kami, kau jangan meroyan plak tau!”, Fatin ketawa terkekek-kekek.
“Ah, jangan harap! Aku punya tu! Thanks kawan-kawanku sayangggggg…….” Imaan memeluk mereka bertiga kuat-kuat.
“Wei lepas la! Dah la lambat masuk kelas, selamba ayam je! Jom..jom..” Mira menarik lengan kawan-kawannya itu.
“Mira..”
“Apa?” Tanya Mira.
“Yang selamba tu kami semua..yang ayam tu kau!” mereka bertiga berlari masuk kelas meninggalkan Mira terkebil-kebil sendiri.
Mira gelak.
“Jahat!!!!!!!!!”
No comments:
Post a Comment