Thursday, June 30, 2011

What a feeling :)

Hi everyone!!!

Gosh dunno where and what to start with:P

Despite of Fufu having another operation (shoulder that is), I am still happy:)

When I visited him at the hospital, he's very veryyyyy concern about me.

It's lovely. Not on how I will go home from the Hospital (yg masya Allah jauh amat) & how org jahat will do bad things to me & on how late I stay at the hospital, dah malam baru nak balik.

All that but....

This one thing. He look at me worriedly. He thought I will leave him during his recovery.

I laugh and I was like..what??? Haha please don't doubt my feelings for you la syg..

I won't do that. You are everything to me.

Remember when you had your knee operation? I was there for 3 continuous days!

It was a long journey there, I even had to walk for how many k/m I can't even recall (sesat some more), but you know I'll do that for you rite?

Because you did everything for me.

Remember when I slipped at sprained my arm soooooooooo badly? You still make time to accompany me to the clinic although you had to leave your futsal game earlier. You don't even complained. And I would smile everytime we went to clinic together. Before I even open my mouth to explain on my conditions, you will spill out everything first. Well, you really know me baby haha. Funny. And siap membebel kat doktor cakap I malas makan ubat la itu ini kan kan..amboi3x........... hahahaha.

Remember when I was like a mad woman scolding you saying this that everything..but you still stay patient with me aite? I seldom do that.

Oh I love how you complimented the way I dress and my makeup & also tegur kalau you think it is too tight ke jarang ke ape ke (sometimes I don't realise huhu). Kdg2 you are like my best girlfriend! Hehe. You know what suits me and what not. You loves me sans makeup or with just a light touch of makeup. And if I wear lenses, you'll stare lama2 which I like! hahaha just love the power of lens! And everytime I wear new scarf with new style, you always look amaze! Girl loves praises okey, verbal or non-verbal haha.

If we went out, sometimes I just take a look at some bracelet, anklet, ring etc coz I love looking at cute things! But you unselfishly buy them for me! I'm so grateful:) Our ring? Yeah maybe it's cheap but it means the world to me, got that? And don't compare yourself with anyone in my past. Now I'm with you, they were just...past.

I think we argued enough. Cry enough. Mad at each other enough. Throw tantrums at each other enough.

Now, at our life stage, we are calmer. We discuss things, we solve problems, we don't wanna hurt each other anymore aite?

And we are more focused.

Saving up for our future. No more games. No more secrets.

Just us and looking forward to our married life, insya Allah.

I'm glad I found you. In you, I found my friend, boyfriend, soul mate and hopefully one day, husband:)

Hey syg, you keep repeating that I'm gonna leave you. But trust me, it never cross my mind. Not even once. I know it from the first time we met. I pray for Allah in every single prayer...

"Ya Allah, jodohkanlah aku dengan Mohd Fuad bin Shaari"

As simple as that :)


(muke berminyak sebab xmekap sila abaikan haha, he said he loves me au-naturel kan kehkehkeh)

p/s : and you are more manja nowadays..alolooooo. I heart you abg!

Tuesday, June 21, 2011

Kisah Cinta - Bab 1

BAB 1


Hari itu hari Jumaat. Imaan masih di tandas membetulkan tudung labuh yang dipakainya. Sejak dari Tingkatan Satu dia ditempatkan di SMKA Nibong Tebal itu. Pada tahun ketiga, dia dilantik menjadi Exco Sukan bagi badan pengawas sekolah tersebut. Setiap pengawas pula akan ditugaskan menjaga sebuah kelas di waktu pagi, semasa perhimpunan, semasa kelas ulangkaji petang dan juga waktu-waktu ketiadaan guru. Selain itu, sebagai Exco Sukan, dia perlu menganjurkan acara-acara sukan di peringkat asrama dan juga sekolah selain memastikan stor sukan asrama terjaga sentiasa.

Pengumuman oleh ketua asrama dari bawah membuatkan semua pelajar berkejaran turun ke bawah.

“Semua pelajar dikehendaki turun sekarang!! Dalam kiraan 10…9…..8…7….” suara Baiti berkumandang di segenap asrama puteri itu. Bunyi laju derap tapak kaki menuruni tangga asrama secara beramai-ramai membuatkan Imaan tergelak sendiri di dalam tandas. Setelah mengenakan nametag, dia keluar dan menanti di hadapan aras itu untuk pemeriksaan pagi.

Dia menjenguk ke balkoni aras dua itu.

“Baiti!!! Dah boleh check ke?” laungnya dari atas.

“Semua pengawas boleh check aras sekarang” laung Baiti kembali dari bilik gerakan pengawas di bawah.

Imaan bergerak dari satu bilik ke satu bilik untuk memeriksa kebersihan aras sebelum semua pelajar yang sedang roll-call di bawah diberi arahan untuk bergerak ke bangunan sekolah. Di sekolah itu, setiap hari Jumaat, pelajar perempuan akan memakai kain pink manakala yang lelaki akan memakai sampin hijau. Imaan sangat suka melihat keadaan itu. Dia sangat sayangkan sekolah itu. Di situ dia belajar erti tanggungjawab, ukhuwah, ditambah pula dengan bimbingan ustaz ustazah yang bukan sahaja menitikberatkan tentang agama, malahan juga sahsiah pelajar.

Imaan pasti semua bilik dan bilik mandi dalam keadaan bersih.

“Okey cun aras dua ni!!” Imaan menunjukkan isyarat bagus kepada Baiti. Baiti mengangguk lantas melihat ke arah pengawas-pengawas di aras lain pula.

“Okey semua turun roll-call”, arah Baiti. Imaan mengambil beg sandang tepinya di tepi dinding. Beg yang kelihatan sudah agak lusuh itu diusapnya perlahan. Beg itu sangat disayanginya menyebabkan dia malas hendak membeli beg baru walaupun sudah banyak kali diperli oleh rakan-rakannya. Imaan malas ambil kisah. Semua orang tahu dia seorang yang sempoi dan simple.

Imaan terus bergerak ke barisan pelajar-pelajar Tingkatan Satu di bawah jagaannya.

“Kak Imaan comel!!!!!!!”, sahut budak-budak itu.

Imaan tersengih-sengih. Dia sangat sayangkan budak-budak tersebut. Tapi kadang-kadang datang nakal mereka, boleh jadi sakit kepala juga dibuatnya. Sarah, rakannya yang menjaga pelajar Tingkatan 2 di barisan sebelah mencuit bahu Imaan.

“Ape?”, Tanya Imaan tersenyum.

“Kau suka la tu kan….” Sarah senyum meleret.

Imaan pura-pura tidak faham.

“Apa? Apa? Suka apa ni? Haha..”

“Tu tu.. tengok tu..kau punya crush ada kat situ” muncung-muncung mulut Fatin, seorang lagi rakan pengawasnya menunjukkan ke sebelah asrama lelaki. Kelihatan pelajar putera memenuhi perkarangan asrama itu untuk roll-call pagi itu.

“Eh mana, mana?” Imaan terjenguk-jenguk untuk melihat kelibat orang yang dimaksudkan oleh rakan-rakannya itu. Puas dia meneliti di celah-celah orang ramai itu. Namun, kelibat pelajar lelaki yang agak tinggi itu cepat menangkap perhatiannya. Mata Imaan terpaku pada pelajar itu, agak lama. Dia seorang pengawas juga tapi di kalangan pelajar junior, Tingkatan 2, Imaan pula dalam Tingkatan 3 tahun itu.

Imaan mengamati dari jauh. Pelajar itu agak tinggi, berkulit sawo matang, senyumannya cantik dan matanya…coklat! Sumpah! Imaan yakin kerana dia pernah berselisih dengan pelajar itu beberapa kali.

“Kau ni ibu ayam betul kan. Suka kat budak-budak. Apa punya taste la..” perli Amira yang datang tiba-tiba dari belakang. Keempat-empat mereka ketawa. Dalam hati, Imaan bersyukur mempunyai kawan-kawan baik yang bukan sahaja memahami dirinya yang agak sengal itu, tetapi juga sentiasa menyokong apa sahaja keputusannya. Normal atau tak normal.

“Entahla..tapi first time aku tengok dia..hati aku macam suka sangat. Tapi korang faham-faham la, kita dah la dekat sekolah agama ni, nak bercinta apanya..ni pulak dengan junior..lagila nak kena bunuh aku dengan ustaz ustazah semua tau!”balas Imaan selamba.

Mereka ketawa lagi. Mata Imaan masih mencuri-curi pandang ke arah pelajar tersebut. Imaan tidak akan melakukan perkara yang akan menyebabkan imejnya dipandang serong. Lagipun di situ, dia seorang pelajar yang aktif dan disayangi oleh kebanyakan guru-guru. Sejauh manapun hatinya meronta-ronta hendak mendekati pelajar itu, dia tidak sanggup kalau imejnya jadi pertaruhan. Lagipun sebagai senior, dia seharusnya menunjukkan contoh terbaik untuk junior-juniornya yang lain. 

Selepas beberapa pengumuman oleh para pengawas, semua pelajar dibenarkan bergerak ke tempat perhimpunan utama di dewan sekolah. Kedua-dua pelajar putera dan puteri akan bergerak bersama-sama menuju dewan sekolah. Dalam hati, Imaan memang sukakan saat ini kerana selalunya kumpulan pelajarnya akan bertembung dengan kumpulan pelajar lelaki itu…Nazrul Firdaus..dia seringkali mendengar rakan-rakan dia memanggilnya dengan nama Naz. Lamunan Imaan terhenti tatkala melihatkan Naz melintas di hadapannya. Naz memandangnya dan tersenyum manis.

Serius, Imaan rasa jantungnya sudah tercicir di belakang ketika itu. Adoila hati, kenapa cepat sangat terkesan ni? Imaan membalas dengan senyuman kembali. Dirasakan mukanya merona merah. Sejak bila aku jadi pemalu ni, bisiknya sendiri. Mereka terus bergerak ke dewan. Imaan tersenyum sepanjang jalan.

Seperti biasa, di dewan perhimpunan Jumaat akan dimulakan dengan bacaan Asma’ul Husna, lagu sekolah, lagu negeri dan seterusnya doa daripada wakil pelajar. Kemudian, pengetua akan memberikan ucapan.

“Seperti semua sedia maklum, dalam masa 2 minggu lagi pertandingan kawad peringkat negeri akan diadakan di sekolah kita. Saya dapat lihat semua pasukan Kadet Remaja Sekolah putera dan puteri, Pandu Puteri dan pengakap telah menjalankan latihan kawad setiap hari. Saya harapkan pada hari pertandingan, semua pelajar akan menunjukkan kesungguhan dalam membawa nama sekolah ke peringkat yang tertinggi. Saya amat berbangga dengan kejayaan kamu semua sebelum ini”, pengetua menutup ucapannya disambut tepukan gemuruh semua pelajar.

Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh, banyak anugerah telah dimenangi tidak kira dalam bidang akademik mahupun sukan, Sebarang pertandingan, tidak sah kalau SMKA tidak menang dalam kebanyakan acara tersebut. Kadangkala, semua pingat bersih disapu oleh SMKA. Imaan tersenyum bangga. Dia juga merupakan wakil untuk debat Bahasa Inggeris dan public speaking untuk sekolah mereka itu.

Dan lagi dua minggu Imaan dapat menyaksikan pertandingan kawad dengan  gembira..kerana Naz merupakan ketua platun Kadet Remaja Sekolah putera yang telah memenangi Ketua Platun terbaik tahun lepas. Walaupun terkenal, Naz tidak sombong dan tidak pernah bermegah dengan kejayaannya. Pandai dalam akademik, ditambah pula dengan rupanya yang kacak, ramai pelajar perempuan yang berangan inginkannya. Imaan tahu dia tidak akan dapat memiliki Naz sekalipun dia mahu..tapi jauh di dalam sudut hatinya, dia mempunyai keyakinan bahawa mereka berdua boleh menjadi sesuatu…bila masanya, dia tidak tahu. Entah-entah itu sekadar impiannya sahaja.

Berangan lagi aku, getus Imaan sendirian.

Semua pelajar sudah mule bergerak ke kelas masing-masing. Imaan pun tidak sedar yang perhimpunan sudah tamat. Die bergerak mengambil beg di belakang dewan dan menuju ke arah rakan-rakannya yang menunggu di luar dewan.

“Jom wei…homework semalam aku tak siap lagi tau. Habisla aku. Nanti bagi tiru sikit ye cik Sarah sayangggggg….” pujuk Amira memeluk Sarah.

“Wah wahhhhh tu la semalam aku ajak buat sama-sama, kau tak nak! Betul nak tiru? Betul?”, tanya Sarah sungguh-sungguh.

Amira angguk laju sambil membuat muka kasihan.

“Boleh..boleh kalau kau bayar aku!!! Haha”, balas Sarah menepuk-nepuk pipi Mira.

“Woi!!! Berlagak dengan aku ye!”, Mira mula berlari anak mendapatkan ketiga-tiga rakannya yang mengetawakannya.

“Aku serius tak faham macam mana la kau boleh jadi pelajar terbaik dalam kelas okey…dalam kelas dah la tidur memanjang! Homework tiru orang punya! Apa la kawan aku sorang ni..” Fatin geleng-geleng.

Mereka bertiga menoleh melihat Imaan yang asyik diam daripada tadi. Fatin menunjukkan isyarat senyap kepada Sarah dan Mira. Dia mencucuk pinggang Imaan.

“Oi mak kau tergolek kenapa!”, dengan kuat Imaan melatah. Dia spontan menutup mulut.

“Kurang asam punya member, wei!!!!”.

“Kau ni kat dunia mana ha? Alien? Sesat kat sini ke? Hai Alien, ni Bumi, cepat sedar!!” Sarah ketawa.

“Haha jahat la korang ni. Eh minggu depan outing nak tak? Boleh aku beli stok makanan sikit”, ucap Mira.

“Ha..tu la kerja kau! Makan, makan…asyik beli stok..mana stok kat pinggang kau tu tak bertambah!”, Imaan mencubit lemak di pinggan Mira.

“Oi jangan! Pecah lemak aku! Haha”, Mira ketawa. Sememangnya dia gemar makan, terutama makanan manis. Setiap kali outing, yang wajib dibelinya mestilah Oreo, Munchy’s, Julie’s, tidak kira biskut, love-letters, coklat, semua dibelinya. Badannya yang agak tembam itu selalu menjadi mangsa cubitan Imaan, Sarah dan Fatin.

“Macam mana? Keluar tak kita ni?”, soal Sarah lagi.

“Wei……tak payah la keluar minggu depan please……..teman aku”, rayu Imaan memeluk lengan Sarah.

“Kenapa? Kau ada pertandingan ke? Setahu aku debat tu bukan bulan depan ke?”, tanya Fatin.

“Korang suka tak bila aku bahagia?” Tanya Imaan.

Mereka semua mengangguk.

“Korang mesti nak tengok aku gembira kan?”.

Angguk lagi.

“Bagus! Jadi minggu depan semua teman aku tengok pertandingan kawad kat sekolah ye? Kita keluar minggu lepas tu la ek…”, pujuk Imaan.

Sarah, Mira dan Fatin berpandangan sesame sendiri.

“What????” serentak mereka menjerit.

“Kau ingat kami sanggup tak keluar sebab nak layan kau buat kerja tak berfaedah ushar si Naz tu sampai terkeluar bijik mata?”, tanya Sarah.

Imaan menarik muka masam. Lama. Senyap.

“Ye la ye laa….lama-lama aku pun jadi gila sekali dengan kau. Lepas ni kalau si Naz tu syok kat salah seorang daripada kami, kau jangan meroyan plak tau!”, Fatin ketawa terkekek-kekek.

“Ah, jangan harap! Aku punya tu! Thanks kawan-kawanku sayangggggg…….” Imaan memeluk mereka bertiga kuat-kuat.

“Wei lepas la! Dah la lambat masuk kelas, selamba ayam je! Jom..jom..” Mira menarik lengan kawan-kawannya itu.

“Mira..”

“Apa?” Tanya Mira.

“Yang selamba tu kami semua..yang ayam tu kau!” mereka bertiga berlari masuk kelas meninggalkan Mira terkebil-kebil sendiri.

Mira gelak.

“Jahat!!!!!!!!!”







Monday, June 20, 2011

Kisah Cinta - Monologue

MONOLOGUE


Imaan termenung jauh. Dia berdiri di balkoni rumah sewanya itu. Lebat hujan hari ini, gumamnya sendiri. Hendak menangis, terasa sudah kering air mata. Tapi untuk apa menangis? Bukankah jalan hidup kita, kita yang tentukan? Dan aku...aku yang memilih sama ada aku mahu dia, atau dia..Jadi kenapa hati ini rasa berat untuk melepaskan dia? Dia menadah tangan jauh, membiarkan titis-titis hujan menimpa tapak tangannya. Ya Allah, hibanya hati ini. 

Dia menoleh ke belakang melihat rakan-rakan serumahnya yang sedang leka berbual dan bergelak ketawa. Dia tersenyum sendiri. Bunyi hon kenderaan sarat kedengaran dari arah jalan bertentangan dengan rumah mereka. Hendak sangat hidup di kotaraya moden ini, terimalah sahaja bunyi bingit yang setiap hari kedengaran. Kedudukan rumah Imaan di apartmen Vista Angkasa, di tengah-tengah bandar itu amat berdekatan dengan lebuhraya persekutuan, sementelahan segala bunyi kenderaan dapat didengar dengan jelas oleh mereka.

Hujan masih turun dengan lebat. 

Imaan melepaskan keluhan berat. Mengapa sukar sangat nak jaga hati semua orang? Kalau aku mampu, aku tak mahu sesiapa pun kecewa..apa lagi terluka disebabkan aku..tapi..apapun tindakan dan keputusan aku kelak..pasti ada yang akan terluka. Aku..kelopak matanya mula terasa berat. Bunyi gelak ketawa itu tidak mampu memberi kesan pada jiwanya yang sedang kacau.

"Imaan..", bahunya disentuh lembut.

Imaan menoleh. Fatin duduk di sebelahnya, mengamati wajah rakan baiknya sejak di bangku sekolah itu.

"Kau okey? Kalau ada apa-apa..."

Belum sempat Fatin menghabiskan ayatnya, Imaan menyembam muka di bahu Fatin. Bunyi tangisan memecah suasana malam itu. Fatin terdiam.

"Hey, look at me", Fatin mengarahkan, tegas. Tidak suka melihat rakannya itu kesedihan.

Imaan mendongak.Kulitnya yang cerah bertukar kemerahan dan basah dengan tangisan.

"What's wrong? Is it about Iqbal? Korang gaduh ke?"

Imaan menggeleng dalam esakan. 

"Pasal Naz...", ucapnya perlahan tetapi dapat didengari oleh Fatin.

"Are you serious? Naz, you mean Nazrul Firdaus? That's old story, kan..?", pertanyaan Fatin berbunyi agak sangsi. Dia tahu segalanya..namun, sangkaannya semua sudah berakhir. Hubungan itu terputus 2 tahun lepas dan sekarang, Imaan bersama dengan Iqbal. 

"Imaan.. tell me everything".

Imaan hanya merenung kosong.


Sunday, June 19, 2011

Novel Online - Kisah Cinta

Hi sume!!

Nak taw tak satu rahsia..rahsia ni okeyyy hehehe..

Saye sgt minat mengarang, malah kalau ikutkan, maybe dah dpt kluarkan beberapa buah novel, serius! (serius, tulis tangan, wat cover sendiri and jual kat tgh jalan hahahaha). Xde maknanya. Tapi nak cakap, memang sgt minat mengarang. Time sekolah menengah dulu Form1 dah start wat benda cmni. Beli la beberapa buku latihan kulit cokolat tu (yang satu buku 200 pages) byk2, pastu mengarang la. Kalau dah siap, dgn malu2 promote kat kwn2 supaya baca. Diorang kata best! Ke nak amik hati xkisahla hahaha. Jadi...tiba2 rase nak start bernovel balik..Xkisahla walaupun otak dah tua, berkarat, xsecergas dulu lagi utk menjana idea best, tp slow2 kayuh, boleh kot...Bila dah keja, dah tinggal plak things yang used to be my passion dulu..sedih plak. Dulu suka mewarna, melukis (giler2 suka smpai skrg, tapi tangan dah kayu dah la..hampes...dulu pandai lukis pemandangan jadi sebijik, pokok siap urat2 nmpk cam timbul dan hidup..tapi sekarang asyik lukis kartun je sebab tgn serius dah KAYU!).

Jadi..semalam idea dtg secara pukal..nak start this novel dlm ini belog yang bertajuk : "Kisah Cinta". Konon la. Tagline plak "Berjanjilah cinta kita akan abadi...." Ha amekaw jiwang sekarat-karatnyaaaaa haha.

Semalam jugak dpt ilham nama hero & heroine. Heroin : Imaan Qistina (mestilah nama faveret aku uols hehe). Hero : Nazrul Firdaus (sebab aku nak nama laki yg cam power & tough sket sebab...nanti tgk watak die ni okey) hehe.

Kawan2 dlm crita adelah sgt penting okeyyyyyyyy..jadi kawan2 Imaan : Sarah, Fatin & Amira (amik style aku sket yg suka geng 4 org haha). Geng Naz : Megat, Hafiz, Sufyan, Apai (aku tgk laki selalu bergeng 5 org ataw lebih).

Sinopsis : Imaan dan Nazrul satu sekolah, sorang senior sorang junior. Imaan suka usha Nazrul sebab die sgt tertarik dgn muke laki cam Nazrul dan jugak sebab personaliti Nazrul yang misteri. Sebab Imaan ni agak bising orangya dan boleh tahan cun la. Tapi sebab batasan senior-junior, dia hanya jadi pemerhati dari jauh. Tanpa die taw, Nazrul pun ade perasaan kat dia. Tapi pas PMR, Nazrul pindah sekolah. Takdir pertemukan mereka balik time sama2 dah dekat universiti. Bagaimana? Camana? Pastu cinta yang wujud xsah kalau xde dugaan dan ujian kan. Bercinta. Berpisah. Cari pasangan baru. Namun hati tetap milik masing2. Mampukah cinta abadi dlm hati direalisasikan dlm sebuah pernikahan? Sejauh manapun nak jaga hati org, pasti ada yang terluka. Namun tegarkah dua insan pentingkan diri demi utk cinta dlm hati mereka? So, mari ikuti ea...hehe.

Idea : Pengalaman sendiri + pengalaman orang + observasi khalayak hahaha.

Tgh fikir nak design cover utk novel online ni la kononnnnnnn hehe. Wish me luck!

Wednesday, June 15, 2011

Alamak!!!!!!!!!!!!!!

Hi sume!!

Sorrrrrrrrrryyyyyyyyyyyyy lama sgt xupdate ini belog huhu. Banyak sangat perkara berlaku dalam hidup sampai xsempat nak update. Jadi, mari kita recap semua perkara itu :


1.) Kerja terlalu banyak

Ini kerana 2hb June lepas dah masuk department HR, maka kerja amat bertimbunnnnnnnn sampai masa 8 pagi ke 5.30 ptg tu memang digunakan secara produktif:) Yeay! Sebelum ni, 15% je wat keje, yang lain tu main tenet hehe. Pekerja contoh katenye.

2.) Kenduri kawan-kawan

Ni bestfriends semuanya, jadi kena pergi kenduri mereka. Kalau kawan suam suam kuku dan jauh, mungkin xsemangat sangat nak pegi. Ala ni kenyataan kan, saye xhipokrit:P Yang mana jauh tapi timing sesuai, cik Paeh pegi. Kalau dekat, lagi la akan cuba pegi. Jadi bulan ni ada 3 kenduri ye, sampai Sabtu Ahad xpenah lekat kat rumah sewa tu. Kejap nek bas, kejap nek train, kejap naik bus mini, kejap kat Pudu, kejap kat KL Sentral, wahhhhhhhhhh sgt penat tp gembira travel sorang2 ni. Amik pengalaman. Meh recap kenduri pulak..brape byk recap daaaaaaa...

Kenduri Nurul Amirah & Amar (Mira ni kwn kamceng sebantal, sekolej, sehati sejiwa semua la. Kalau xde dia, xbermakna hidup okey). Ni kat Sungai Siput, Perak.


Kenduri Nurul Wahida & Zulhilmi (Diddy ni kawan satu geng kat UM, sayang die, manje dan lemah lembut, tapi kami dah rosakkan die dgn ajar benda2 nakal hehehehe). Ni kat Alor Setar, Kedah.






Kenduri Nurhafishah & Mohd Ridzuan (Fishah ni kwn satu geng jugak kat SMKA Nibong Tebal dulu. Die sgt ayu dan vogue hokeyyyyyyyyy..slumber xberubah time hari kenduri tu hahaha). Ni kat Sg.Petani, Kedah.  


Dtg kenduri ni je yang ada teman. Ni Shimah, ibu mengandung merangkap teman sekelas + teman sebelah kerusi + teman tidor time cikgu ajaq kat depan (berani giler, dah la meja kami paling depan..kan bila cik gu sandar kat meja kami utk ajar, die teroverlook kami kat bwh buku yg dipegang..jadi kami tertido la). Ni Shimah :



3.) Adikku bertunang (Ye langkah bendul hahaha, tapi saye xkisah, saye happy:) Ala lagipun saye xnak tunang nanti pon)





 4.) Membawa cik Abg pulang utk ketemu family & sedara (oh gedikssss..walaupun sebelum ni Fufu pernah jumpa my parents dah setahun lepas, tapi ni official punye, dah la time kenduri, dpt berkenalan secara pukal hahaha amekaw!!!!!!!) 


Naik tren balik Parit Buntaq. Terima kasih train kerana delay 1 jam pastu delay lagi 3 jam sebab air cond rosak. Heaven! Terima kasih Tummytrim:) Nak wat aduan rakyat pasni okey.



Beli baju baru utk balik umah hehehe:)





Beli macarons ni utk hantaran Yan. Yummy!!!!






Perkenalkan anak sedara baru....Adrianna Safiyya!!! Nama bajet orang2 cun hokeyyyyy hahaha.




Fareez kesayangan Makngah:)




Fareez wat peace cara tersendiri (5 jari okey) haha


Dgn Fufu yang rajin tolong wat kerja..mekasih:) 


Abg Ipaq bwk Fufu jalan2 nek motor dia..suke la tuuuuuuuuu

5.) Pegi Showdown kat i-City, Shah Alam dgn housemates tersayang:)


Kami sume sokong.......... HMC PHLOW!!!! Duit ni mak Faruq sendiri bagi ye..oh gembira!


My giler2 housemate + kwn joli : Lisot, Suraya, Bettyfairy & Shida



Okey tu je update cepat2..keje byk ni. Sebelum tu ....


Muke lepas 9 jam atas bus g Alor Setar..giler penat tapi berbaloi baloi........adiosssssssss!