Hi sume!!!
Hehehe. Tajuk yg sangat ilmiah dan akademik kan?
Tiba-tiba macam sangat rindu kat alam belajar. Keje memang best, tapi semangat time zaman belajar tu memang xdapat nak bawak ke zaman keje kot :P
Sekolah Rendah.
Zaman paling bahagiaaaaaaaaaaa amat. Darjah 4 jadi pengawas. Pagi2 pegi sekolah naik bus oren campur semua bangsa. Driver nama pakcik Ad. Kependekan Saad. Hehe. Lepas dia hantar budak-budak Sekolah Sri Kerian & Sekolah Methodist, last baru hantar pegi sekolah aku. Pakcik Ad jugak ada bisnes sampingan iaitu menjual kopok lekor yang lazat. Gila lazat ni. Tak tipu. Sos die pekat and cam manis2 cmana ntah, kaler pun merah2 menarik gitu. Okey nanti balik kampung, org amikkan gambar ea...hehe.
Ni lagi satu tak tipu ni. Aku sgt glamer kat sekolah rendah. Mungkin sebab agak comel (agak la) dan tembam kot. Pastu aku ni cam sgt aktif kot time sekolah. Sume la nak masuk..kecuali menari sebab memang mama xbagi kekeke. Dari darjah 1 dah pakai tudung, mau kena lepuk nak menari-menari plak. Sah sah kena bukak tudung. Alhamdulillah, yang tu la membentuk aku sampai besaq ni. Kalau x, ntah2 aku sekarang dok join Akademi Fantasia (bajet suara sedap la konon). Dulu aku masuk Spelling Bee (faveret!!!). Ingat lagi time final tu, last sekali kena eja giraffe (zirafah). Sume org eja salah. Aku tunggu je sampai last pastu eja dengan betul, yeay!!!!! Pastu masuk English punye sketsa. Ingat apa, aku berlakon jadi beggar okey (pengemis xmau cakap la kan) dan pengemis tu laki! Makanya sebelum competition tu, cikgu punya la dok lukis misai kat muka aku. Excited gila sebab boleh tukar identiti hahaha. Pertandingan Anti-dadah. Aku suka!!! Sampai sebut la dadah apa, rupa camana, simptom apa, semua lekat dlm kepala hotak aku. Aku hafal tiap-tiap hari kot. Berjaya dgn teramat xpayah cakap la kan. Nasib bek budak2 lagi xrasa plak nak explore dadah walaupon cam dah expert gila kuikui.
Pastu akademik, alhamdulillah. Xla genius, tapi kategori boleh la tahan pandai. Kalau tak no.1, no.2. Paling merosot no.5 sebab masa darjah 5 & 6 aku banyak main sikit. Dah remaja katakan hahaha. Bercinta banyak sangat abis merudum. Aku suka English. Suka gila dan bagus la sebab aku selalu score. Aku tak tau tapi English sgt fun!!! Aku memang top student la kot BI. Tapi budak2 kelas aku semua top kot. Hahaha. Maybe sebab semua Sir (lelaki) yang dok mengajaq. Sir Yeoh. Garang gila!!!! Tapi aku sayang. Kalau kita jawab merapu ataupun ujian kali tu ramai cam hampeh, dia baling semua kertas atas lantai, lari la pakat kutip sampai comot2 sebab lantai dulu-dulu kan simen, cam berhabuk berdebu semua. Tapi xkisah sikit pon. Ada sekali budak dok tulis masa dia cakap, dia ambik pensel budak tu, patahkan and buang keluar tingkap hehehe. Tapi hasil dia, cemerlang je kan kan?? Budak-budak sekarang, kena pukul sikit mengadu, call parents, sms, BBM semua la. Manjanyeeeeeeeeeeeeeeeee. Aku relax ja time Matematik terutamanya. Cikgu Yaacob suka wat kuiz.Kata la 10 soalan. 1 salah satu rotan hahaha. Ketaq2 wooo check jawapan. Bila salah ja, ternampak dah padah dia hahaha. Kena rotan dengan rotan buluh tu, bermakna wooo..Terus jadi terer. Budak lai kena kat bontot, tapi depa pandai letak buku kat poket sluaq belakang utk elak sakit melampau. Tapi Cikgu Yaacob memang hebat gilaaaaaaaaa, dia dapat detect. Haha. Dia buang buku 555 tu, dapat lagi hebat la penangan sebab plus cubaan elak sakit tu.
Sukan plak. Aku memang chubby, tapi aku lari laju, pelik x?? Hahaha. Cikgu sukan plak dah tgk aku boleh, dia suruh aku masuk lompat jauh la lompat pagaq la, lontar peluru la. Aku suka lari pecut ja, yg laen hampesssss. Serius. Time lompat jauh okey la, aku suka. Lompat pagaq??? Aku lari punya laju, sampai ja kat pagaq tu, aku teragak-agak nak lompat, last-last kena marah dgn cikgu. Hahahaha. Lontar peluru? Budak yg keding dr aku pon lontar lagi jauh hahaha. Oh tapi aku suka main roundess. Kalau berjaya pukul bola, rasa sgt hebattttttttttttt.
Hasil cemerlang akademik and ko-ko..UPSR dapat 5A. Aku dapat masuk sekolah terbest iaitu SMKA dot dot dot yg menjadi pojaan hati sekian lama....aish, budak-budak pon ada impian apa..kikiki.
Nota kaki : Aku ingat lagi soalan UPSR Sains. Ada gambar bot yg pasang lampu and ikan semua kat permukaan air. Soalan dia : Kenapakah ikan tu sume pergi ke permukaan air? Jawapan : Fikir sendiri. Haha.
Sekolah menengah.
Suka jugakkkkkkkkkk. Time ni pakai tudung labuh. Exco Pengawas. Bahagian Sukan. Sedangkan aku suka main netball je pon time ni kikiki. Still aktif lagi masuk pertandingan pantun, debat Bahasa Inggeris, Public Speaking, apa-apa la aku rasa nak masuk. Glamer jugak la. Perasannnnnnnnn. Glamer la jugak, kalau tak, xla ramai adik nak wat kakak angkat kan kan? Yela yela maybe sebab aku tembammmmmmmmm hahaha. Aku suka semua, sekolah, tenaga pengajar, kengkawan, suasana sekolah tu. Asrama banyak mengajaq aku tentang hidup berdikari and apa-apa masalah solve sendiri pandai2 nak hidup.
Bab yang aku benci. Time form 4, sekolah asingkan pelajar ikut level masing2. Yang sekolah budget pandai and ada harapan nak banggakan sekolah, diorang letak satu kelas, yg lain-lain diorg letak la kelas lain. semua ada 4 ke 5 kelas aku xingat sangat. Yg aku sakit hati, kenapa nak wat camtu? Kenapa nak asingkan budak pandai satu kelas yg lain kelas lain. Kalau campur, kan dapat sama-sama share ilmu, kan bagus. Aku xla bodoh, tapi xmuat dah nak masuk kelas tu, dah cukup kuota hahaha. Ye la tu. Aku dapat kelas sume pompuan. Nakal xhengat. Aku jadi ketua kelas. Kadang-kadang nangis sorang-sorang sebab semua ketegaq gilaaaaaaaaa!!! Bila teringat balik, nak gelak sorang2.
Okey pastu time ni, waktu belajaq English ja diorang akan asing ikut level. Ni yg aku xsuka ni...sebab walaupon aku kelas lain, tp markah BI aku hebat la jugak, jadinya time BI aku kena masuk kelas pandai. Argh serabut jiwa aku. Beza tau sebab diorg ni berdisiplin..aku dah biasa kelas hingar bingar huhuuu. Tapi serius, time ni cikgu tu (nama dirahsiakan) pandang rendah la kat aku. Dia selalu pandang aku macam kata dlm hati (eh apehal la budak ni boleh sesat dlm kelas ni, puhlezzz) hahaha. Kalau dia tanya soalan pon kat budak-budak asal kelas tu ja. Jarang sgt dia nak mintak aku jawab soalan. Lagipun, mana dia kenal aku kan. Xpa aku style relax ja. Aku xbalas dendam cara marah ke apa ke. Aku belajaq ja rajin2.
Aku suka Sejarah. Cikgu Haliah baik sgt!!! Selalu bagi nasihat, selalu garang jugak tp garang yg aku sayang. Selalu bagi contoh berkait dgn hidup sekarang, buat aku minat sgt Sejarah. Hari-hari aku study. Best gilaaaaaa. Suka Bahasa Melayu. Cikgu Harison ni memang cikgu yg super-kreatif, and fikir out-of the box. Suka suruh wat peta minda and kumpul keratan akhbar. Aku suka, dia cakap lancar and xpernah nak tersekat-sekat. Serius hebat! Dia akan cabar kita berfikir and cuba cari jalan penyelesaian apa-apa masalah. Alhamdulillah aku berjaya giler dlm BM. Suka Geografi. Cikgu Hasni ni memang one-of-a-kind. Suara dia lantang. Aku takut sebenarnya kelas dia, tapi aku syg gila cikgu ni. Kalau dr jauh dengar suara dia, kecut perut wooooo. Sebab apa takut? Okey suara kuat satu. Setiap hari masuk kelas, dia akan start dgn kuiz dulu. Kuiz bertulis?? No way, oh tidak tidak. Semua berdiri. Pastu dia tnya soalan random tapi ikut turutan. Kalau 1st round xdapat jawab berdiri kat tempat sendiri la.Abis round tu tinggal la baki2 yang xdpt jawab kan. Masuk 2nd round, xdapat jawab jugak, berdiri atas kerusi. Masuk 3rd round, semua yg berbaki kena pegi depan kelas. Hang pegang telinga aku, aku pegang telinga hang, ketuk ketampi kat depan. Hehe tapi cikgu ni xpanggil ketuk ketampi..hahaha cikgu panggil "gotong-royong". Dia bahasakan yg lelaki ke pompuan ke sume "abang". hahahaha lawakkkkkkkkkkkkk tapi sebab tu jugak berjaya.
Tapi yang aku faham, mungkin 5 nombor bertuah aku kot. PMR dpt 5A, SPM pon 5A. Menurun sejak UPSR hahaha. Xpandai pon..sebab time PMR aku amik 9 subjek. SPM pulak 11 subjek hahaha. Pencapaian yg paling aku banggakan sampai sekarang a.k.a balas dendam secara positif adelah........time SPM tahun tu, aku sorang je score 1A utk subjek BI :) Alhamdulillah~~ dapat jugak wat something yang banggakan sekolah, diri aku sendiri n parents aku. Happy sgt. Time tu jugak cikgu tu cm respect aku sket. Ish, aku xpernah berdendam. Tanpa cikgu, sape la kita. Sebab tu time korang berdoa hari2 jgn lupa selitkan guru, insya Allah berkat kehidupan kita. Aku selalu ingat camtu je.
Tapi sebab aku dapat 5A je and xscore subjek Sains sedangkan aku amik Sains Tulen hokeyyyy, maka xdapat masuk matrik. Tapi aku xsedih sebab aku xsuka Sains. Wow, ikhlas cakap. Kdg2 aku rasa salah amik aliran time kena pilih masa from 4 tu hukhuk. Takpe jgn menyesal, lalui hidup dgn gembira je la la la. Aku dapat interview utk sambung TESL kat UiTM tapi aku kantoi dgn berjaya. Sebab??? Org sume baca paper and ready dgn isu semasa. Aku relax ja sebab xtaw lansung kot (sedangkan xprepare), interviewer tu tanya aku pasal wabak SARS (tgh hangat time tu)..well hellooooooooo, aku xtau pon apa maksud SARS tu!!! Tahniah, memang fail la time tu. Pastu tengah pasrah giler xtaw mana nak tuju. Aku dok apply la segala kolej swasta yang ada. Aku dapat offer merata la kolej kan. Last2 aku dah nekad nak p kolej IKIP kat Pahang sambung TESL ke English camtu la. Tapi aku rasa cam xbest, aku rasa ada tempat lain yg aku patut pegi. Nak dijadikan cerita, kwn aku yg baru nak masuk mendaftar kat satu kolej ni, call aku and ajak aku join dia masuk kolej tu sebab dia sorang-sorang ja. Aku rasa cam gembira sgt, cam yakin walaupun aku xtau apa lansung pasal kolej tu. Aku apply, Pengajian Islam (Syariah), pastu dapat offer, aku terus ja pergi. Sampai-sampai kolej tu kat Bangi..masya Allah. Aku senyum sorang-sorang.
Bersambung .....Dunia Kolej. hahaha bajet novel la plak kan...Duhhh~~~
i just found your blog and even though i dont understand the language i love the pictures :) it looks like we are from different cultures but its amazing how we both have a blog and we share that interest...the interest of sharing a bit of our lives :)
ReplyDeletei am really enjoying your blog and i look forward for more :)
www.lea1285.com
Hi Lea!!! Darling, you are so gorgeous and creative too!! It's an honor to have you, reading my blog :) I'm sorry as I write in both Malay language and also English. Feel free to ask on anything you wished to know further, I'll be glad to help :) And I'll write in English more! Blog is a great medium to share our life with other people right? I love to have friend with other cultures :)
ReplyDelete