Monday, October 24, 2011

Perihal Jodoh :)

Hi sume!!!

Memandangkan baru-baru ni banyak sgt org kawen, bertunang, nak kawen, org baru berchenta, org baru putus chenta, orang yg masih mencari chenta dan org yg sedang berchenta di sekeliling saye, tiba-tiba rasa nak tulis something tentang jodoh ni. Ni pandangan peribadi je, sape2 terasa atau xsetuju, sila wat entry sendiri ye kikiki.

Jodoh ni memang ditentukan Allah. There's no doubt about it and don't u ever doubt it. Sebab sejauh mana kita usaha pon, last2 tetap Allah jugak yg tentukan sama ada usaha kita tu berhasil atau tidak.

Tapi tu tak bermakna kita kena tunggu je jodoh tu datang. Tak salah mencuba cari jodoh. And who say if you are a woman, you should just wait and wait and wait..... until your prince charming datang? That is, if he comes. If not, will you wait a little longer? Sorry, I don't believe it'll happen that way.

So, the key word is..cuba. And lepas tu bertawakal and berdoa.

Senang cerita lelaki & pompuan baik dah xramai. So, kalau jumpak that someone yg baik n touches your heart like no other, and you have this good feeling inside, grab her/him! Believe me, it would be so worth it.

Jodoh xboleh dijangka. Kadang-kadang boleh boleh terjumpak time beratur beli makanan. Time tunggu bus. Time naik tren. Time tgh exercise. Time tgh lepak kat kedai buku. Time nak makan. And sekarang plak zaman dah moden, boleh jumpak melalui FB dan sekutunya, chat, email and there you have it, tup tup dah kapel kan hehehe. 

Seriously, jodoh memang xkenal rupa paras. Memang kita ada specific criteria yg kita nak. Tinggi camni, ade misai ke tak. Smoke ke tak. Makan western ke kampung. Main bola ke badminton. Ape ape je la. Tapi bila dah jumpak that special someone, walaupon perut die flabby, walaupun gigi die rongak, walaupun dia smoke, kita dah xkisah lagi. Org yg single akan nafikan ni, tapi bila dah fall in love, tau la camana :)

Jodoh xsemestinya kita jumpak dan terus bahagia je. Kadang-kadang banyak dugaan dia. Macam-macam boleh jadi. Contoh :

Situasi 1: A dgn B ni kawan. A suka kat B. Tapi B dah ade awek. A pun selalu tengok dan minat dari jauh je sebab B dah berpunya. B pulak selalu cerita masalah dia dgn awek dia kat A sebab A lagi memahami B. Awek B pulak asyik wat hal. A selalu mintak petunjuk dari Allah dan berdoa yg terbaik utk diri dia. Akhirnya B putus dgn awek die dan sedar yang A selalu ada utk dia. Xlama tu, A dgn B kapel. Mungkin dah jodoh kan? Tapi Allah duga dulu dgn temukan B dgn org yg salah dulu.

Situasi 2 : A dgn B bercinta. Dah lama jugak. Pastu disebabkan awek lama si B asyik goda dan nak balik kat B, B tewas and break dgn A. A sedih sgt2 tapi dia taw cinta tu pinjaman Allah kat dunia je. Dia pasrah and berdoa kalau memang B jodoh dia, B akan sedar dan diorg akan bersama balik. Tak lama, B dapat taw yang awek lama dia tu playgirl and ada ramai laki lain. B menyesal dan ingat balik semua kebaikan A dan betapa sabarnya A selama ni, susah senang sama-sama dgn B. Setia dgn B. B mintak peluang dari A dan betul-betul nak berubah. A terima dan bagi peluang. Akhirnya diorg bahagia. Jodoh kan. Walau ada ujian, tapi diorg still bersama lagi.

Situasi 3 : A dgn B berkawan. Masing-masing ada pasangan masing-masing (berchenta). Tapi diorang rasa yang diorang sangat serasi bersama (cam lagu pulak). Dlm masa yang sama, pasangan diorang masing-masing dah memang bermasalah dari dulu (tak terpakai kalau pas kenal tu baru bermasalah, tu nama dia mengada dah jumpak org lain, terus nampak partner bermasalah). A dgn B jadi makin rapat tapi xsanggup nak lukakan pasangan masing-masing semata-mata nak bahagia. Tapi diorang selalu berdoa supaya Allah tunjuk jalan. Satu hari, memang pasangan diorang rasa xbest and xnak teruskan lagi hubungan. A dgn B mula kenal lebih mendalam dan akhirnya berchenta. 

Situasi 4 : A sorang pompuan. Dia xsuka lelaki chubby and smoke (no offense, saye xkisah pasal kechubby-an). Dia selalu canang kat kawan2 yang dia xkan jatuh chenta dgn laki camni. Satu hari, kereta dia rosak tepi jalan. Dalam ramai2 lelaki hensem and macho cam Aaron Aziz, Jacob Black and Damon Salvatore, yang berhenti tu ade la sorang laki yg agak chubby. A agak xgembira tapi bersyukur la ada org nak tolong dia kan. Pas betulkan enjin keta A, laki tu siap smoke lagi. Sebelum pegi, die pass kad nama dia kat A. A tgk dgn xde perasaan tp simpan kad tu. Balik rumah, A asyik teringat laki tu. Baik jugak kan. Dia kluarkan name card tadi and start SMS. Last2 balas mesej, kenal2, laki tu sgt baik hokey. Berchenta la apa lagi. Terpaksa la A pekakkan telinga kene bahan dgn kwn2 dia. Tu la lain kali jgn cakap aku xkan berchenta dgn orang ni org mcm ni mcm tu. Sape kita nak tentukan. Sume kuasa Allah :)

Hehehe. Merapu je tapi sebenarnya semua disedut dari pengalaman sendiri dan manusia sekeliling. 

Kesimpulannya, jodoh memang di tangan Allah, tapi usahalah mencarinya. Jangan takut. Fikir yang memang sekarang baik, tapi masa depan kalau dia jadi jahat cmana. Nama pun masa depan, mana la kita nak taw kan. Kalau kita dah pilih orang tu, berdoa and bertawakal. Ubah diri jadi lebih baik, insya Allah partner kita pon akan belajar jadi lebih baik. Jangan asyik cari kesalahan partner kita, ape2 bincang la sama-sama. 

Untuk yang belum bertemu jodoh. Jangan risau, mesti ada someone yang akan suka kita. Someone yang Allah dah tentukan utk kita. Tak payah nak cakap, ala aku xlawa sape nak suka kat aku. Sebab ada je org yg muka biasa tapi pakwe hensen gila babeng and kaya plak tu. Cun cmana pon, jangan tipu la hati jugak paling penting. Kalau muka cantek je, hensem je tapi menyakitkan hati 24 jam sehari 7 hari seminggu nak wat ape kan. Memilih tu boleh tapi jangan sampai letakkan impian yang bukan-bukan. Kita pun xperfect, so jgn expect lebih2 dari bakal jodoh kita la kan. Tu nama dia mengelakkan jodoh ade la.

Sekian, mekasih :) hehehehe.
p/s : seronok tgk org dah kawen..kikikiki


No comments:

Post a Comment