Wednesday, May 11, 2011

Perkara Membencikan

Hi gorgess!!!

Macam biasa hari Khamis yang bahagia ni buat apa lagi kan..hehe..eh keje dah siap taw, dah tunjuk kat bos pun. Jadi sementara tunggu waktu lunch, marilah berbelog hehe.

Nak cerita pasal benda-benda yang menyakitkan hati especially time pagi kelam kabut nak pegi keje.

Situasi : Cik Paeh tengah menggelabah ayam sebab dah la bangun lambat, ofis plak kene jalan dalam 10 minit dari LRT Masjid Jamek. Maka, dia berjalan laju giler dan menyelusup di celah-celah orang ramai untuk mara ke hadapan. Redah orang kat laluan depan Vista yang penuh dengan orang beli sarapan. Redah orang turun naik tangga nak g LRT. Pastu beratur nak beli tiket. Ye saya sangat malas nak beli Touch n Go:P Jimat konon. Hasilnya lembab ade la.

Ha...kat sini xpuas hati bermula. Masalah kat kaunter tiket ni sama ada :
1. Nak tanya pasal Touch n Go, nak reload (dah lambatkan insan pakai tiket ni)
2. Nak tanya camana cara nak g situ, sini, sinun, dan laen2
3. Dah depan kaunter baru nak hegeh2 selongkar beg doraemon (penuh brg), cari dompet, terkial keluarkan duit. Pastu tengok2 kluarkan RM50?? Oh memang nak kene pelangkung dgn den. Duit seribu xde ke kak?
Ha ni la lagi satu, bwk la duit kecik. Kalau hari ni tengok xde duit kecik, g la tukar utk naik LRT esok harinya..xkan tu pun nak kena ajaq?? huhuuuuuuuuuu
4. Gedik-gedik dgn kwn2, geng, bf sampai xsedar dah sampai depan kaunter, pastu gedik2 lagi nak bayar duit pun lembabsssssssssssssssss

Okey dah beli tiket. Teruskan. Cik Paeh nak senaman jadi pagi2 naik tangga manual. Dulu naik eskalator tapi sekarang nak gaya hidup sihat. Sedangkan baru semalam makan ayam goreng McD spicy hahaha. Tunggu la tren. Ha yg xpuas hati time tunggu tren :

1. Kita punya la beratur tepat kat kawasan yang ditetapkan tu..(kat LRT Universiti, die akan wat garisan guna cat merah untuk tandakan pintu masuk tren) jadi dudukla dekat line merah tu. Dah penuh orang kiri kanan line. Kan pintu ade 2 bahagian, kiri kanan boleh masuk. Tetibe datang sorang aweks yang ala-ala cun xhengat (konon) terus je berdiri sebelah den. Aikkk??? Aikkkkk??? Rase cam xde line pun sebelah aku ni. Dah 3 line la pulak. Nak sound, malu plak kang. Jadi..okey ni malu sket nak cakap. Saya yang jahat ini, akan cover tepi pintu masuk tren supaya dia bg org yg beratur masuk dulu. Wajar la kan? Sape suruh xreti beratur. Dulu time sekolah, time rehat mesti xberatur beli makanan la tuuuuuuuuu.

Okey dah berjaya masuk tren. Tunggu sampai ke destinasi Masjid Jamek. Yg xpuas hati kat sini pulakkkk:

Penumpang semua berdiri dengan bahagia (jarang dpt duduk kan?) hehe. Sampai la Stesen Bangsar, pintu terbukak. Rasa cam semua orang dah keluar. Tetibe meluru la sorang aweks ni merempuh2 orang lain, sekius me sekius me dgn muka kerek sebab terlambat kuar. Oit akak, tadi time orang kluar, awk wat ape? Nak tunggu pintu tren lagi 2cm nak tutup baru nak lari kluar. Ingat McGyver ke?? Adoilaaaaaaaa. Yang xtahan yang baru masuk plak tgk semua orang cam xpuas hati. Ape salah kami? Kami naik dulu tren ape?? hahaha

Okey settle. Sampai stesen dah. Macam bahagia la konon. Oh..tidak lagi. Naik plak eskalator ke tingkat atas. Dah ada signboard kat eskalator tu tulis "PLEASE STAND ON THE LEFT TO ALLOW OTHER PEOPLE TO PASS". Maksud die? Sila la duduk belah kiri kalau korang xnak jalan laju2 naik tangga dan nak statik kat atas tu. Bagi la I yang pelumba lari ni nak pecut naik atas ade paham ka? Okey kalau pakcik yang sebabkan traffic di sepanjang kanan tangga tu boleh dimaafkan lagi. Ataupun saye akan mintak dengan baik. "pakcik, boleh tumpang lalu" ewahhhh gadis ayuuuuuuuu kekeke.

Okey bahagia dah kot. Kecuali berpeluh2 jalan g ofis yang agak jauh sambil peluk beg kuat-kuat takut kena ragut. Dah pulak yg terbaru ni main simbah-simbah asid. Giler ape nak main dengan asid ni? Xpuas hati sgt curah kat muka sendiri please..Hai xfaham aku. Xboleh bg hidup saye senang sket ke. Dah la lambat bangun. Haha salah sendiri.

No comments:

Post a Comment