Sunday, May 22, 2011

Tengok Fast & Furious 5 utk Kali ke 3. Hilang akal.

Hi sume!!

Ye, saye bersalah. Dah tengok Fast 5 utk kali ke 3!!!!!!!! Pencapaian paling hebat sepanjang menjadi seorang movie-addict yg berjaya hahaha. Sebab ape? Xbosan ke? Ape cer?

Okey sebenarnya, housemate xtgk lagi citer ni so tergoda nak follow. Maka apabila tergoda, genaplah 3 kali menonton Fast 5 kekeke. Tetap best and excited cam 1st time tgk. Oh bertambah dosa dok usah body2 aweks cun. Argh! Okey ikhlas cakap, masih sanggup tengok utk kali ke 4:)

Okey kali ni duduk sampai skrin gelap hokeyyy. Walaupun sume org pasrah dan nak keluar hall dah, saye setia menunggu. Tunggu tengok sume nama cast, nama director, nama stuntmen sume dan akhirnyeeeeeeeee utk seminit je, citer pasal Letty!!!!! Haha. Tunggu 5 minit kredit utk seminit je sambungan tu.

Jadi??Jadi?? Adekah Fast n Furious ni ade sambungan lagi? Oh I'm more than willing kalau ade smpai 10 sekual pon kekeke:)

** Xsabar nak tunggu Transfromers plak, ade Shia yg cute dan aweks hot baru yg merupakan awek Jason Statham yang The Transporter itu.

Friday, May 20, 2011

Sori Naik Lori Tapi Ini Post Emo Sila Pejam Mata

Hi:)

Tersebutlah kisah seorang insan...

Lembut hati bak redup pandangan..pabila berkata..seluruh alam..menyaksikan ke...

Okey xde kene mengena dengan tajuk post di atas.

Saye just nak cakap.

I hate you. Deeply. Truly. From the bottom of my heart and isi perut and lemak.

Oh saye nmpak lemak anda berbonjolan jugak haha. Err.. bukan anda pembaca. I love u all. Orang yang saya maksudkan ini rahsia.

Benci pada dia diumpamakan :
1. Kalau die makan, saya harap die tercekik
2. Kalau die jalan, saye harap die tersadung
3. Kalau die duduk bawah pokok,saya harap buah jatuh atas kepala dia.
4. Kalau dia menyanyi, saya harap lalat masuk mulut dia.
5. Kalau die shave, saye harap bulu-bulu akan bertambah hebat dan lebat.
6. Kalau die masak kari ayam akan menjadi kuah kacang. Okey merepek.

Tapi saya xjahat. Saya xpernah jahat dengan orang melainkan orang jahat dengan saya. Selain tu, saya adalah seorang yang baik hati dan penyayang hokeyyy.

I just hate it when people cross my territory, ape lagi cross my patient la kan. Jadi, terimalah my hatred and improve. Yourself of course. Me? I can deal with it myself, thank you.

Jadi berubahlah. Jaga diri, hiasi peribadi. Islam itu indah:)

** Dalam otak selalu memikirkan benda jahat heheh. Ala xpe kot, bukannye buat pun. Fikir je:) Hehe.

Thursday, May 19, 2011

T_T Kena Tinggal

Hi...(lemah tak bertenaga)..

Saye kena tinggal.

Pakwe pegi company trip kat Redang.

Saye risau.

Mudah-mudahan semua okey.

Papa pulang dgn selamat ea.

Jaga diri baik-baik.

Jumpe Ahad ni ye.

Nanges sambil kesat hidung berair.

Tuesday, May 17, 2011

Review Fast & Furious 5 Lepas Tengok 2 Kali Tapi Tak Tunggu Sampai Titisan Kredit Terakhir

Hi sume!!

Nangessssssss nangessssssss nangessssssssssss lagi sebab ntah hape hape.

Tengok FF5 2 kali tapi tak tunggu sampai laluan kredit tu abis. Hasilnya..terlepas tengok bab Letty tu. Nanges lagi. Dah la aku suke Michelle Rodriguez tu huwaaaa...

Xpe maybe akan tengok untuk kali ke 3 kot. Hahah serius xjemu sikit pon.

Maka inilah review :

Okey masuk2 je excited jgn citer. Walau dah tgk kali ke 2 pon excited die cam 1st time tgk..Cayala!!! Haha.

1. Fizikal. Badan sume org adalah sgt BESAR!! okey huge amat kot. Vin Diesel nampak superb as ever, Paul Walker cam agak serabai sket tp still lawa, manakala The Rock xtaw ape die wat sampai badan jadi cmtu. Fufu pon kata, macam balak dah die ni. Haha. Pastu pompuan plak mesti la HOT!!!!! Terbakar jiwa raga tengok hokey. Dah la time tgk kali ke 2 tu, ade pakcik berkopiah tgk jugak, mau berdarah hidung pakcik tu hehe. Lagi2 time die nak dapatkan palm print dari Reyes si penjahat tu. Buta mata kejap. Oh jugak time diorang nak lumba kereta, sume awek sgt HOT! Pompuan polis, Elsa Pataky, lawaaaaaaa. Yg pompuan bwk superbike geng Dom tu, superbbbb. Tapi yg agak geram sket kat adik si Dom ape nama die, Mia. Haa Mia dulu hot tapi sekarang apesal ntah kurus semacam. Rase sengsara sket tgk die. Atau mungkinkah cheekbone die tinggi sgt? Okey mengarut. Die adalah kurus. Dan Han. Oh rambut Han sgt gorgess. Org Korea atau mix Korea memang akan jadi menarik ke? Hehe. Ludacris comel. Yang mulut banyak tu kelakar. Yang 2 kawan tu giler. Haha. Awesome group kalau korang nak upah utk merompak hokeyyyyyyyyy.

2. Sume cast adalah superb dan watak dikembangkan dgn baik.Hasilnya kita akan ingat peranan setiap orang dlm citer tu. Contoh, Mia pandai carik shortcut jalanraya. Vin Diesel and Paul Walker pandai bwk keta laju xhengat dan pandai berlawan. Awek hot bwk motor adelah hot. Haha. Han pon. Kekeke. Luda pandai pasal circuit. Due sekawan pandai pasal paip2 dan camtu2 la. Yg mulut banyak, ape lagi, mestila pandai kelentong hahaha. Sume sgt serasi dan ada kimia. Sgt best!! Oh Vince. Lupa sebab tgh jalan die mati. Okey bdn die pon besaq. Malah seluruh kejiranan kat situ badan melampau haha. Jalan cerita kemas dan cepat, xde ruang nak bosan okey. Perfect.

3. Aksi hebat. Oh banyak. Mane nak mula? Okey dr awal dah terkejut tgk diorang terbalikkan bus banduan sebab nak selamatkan Dom. Terkejut. Pastu time diorang bwk lari kereta cun dari ketapi dgn bergaya. Terkejut. Pastu time Dom dgn Paul terjun skali dgn keta masuk dlm laut sebab nak selamatkan diri. Terkejut giler sambil jantung nak lompat keluar hokeyyyyyyy. Benci babak ni haha tapi gembira sebab sume orang dalam panggung bersorak riang. Best la dapat audience yang havoc ni, asal jgn sepak belakang kerusi saye ade paham? Pastu time the Rock keluar. Terkejut. Aksi tembak2 di kejiranan. Terkejut. Aksi kereta polis yang kebal melompat2 bumper jalan. Aksi Vin Diesel lawan one on one dgn the Rock. Aksi curik keta polis kemudian berlumba di jalanan dgn slumber badak. Aksi Reyes memukul org suruhan dgn pemberat atas meja opis dia. Aksi keta meletup dan the Rock diselamatkan oleh geng2 Dom.Paling hebat, anugerah aksi hebat jatuh kepada..............Peti Besi Reyes!!!!!!!!Peti besi ni hentam sume benda atas jalan, melakukan kerosakan muka bumi yg teruk. Bak kata Mia "You guys destroyed a bank?" haha sgt dasyat.

4. Babak touching dan super duper gembira. Banyak jugak. Babak Mia bgtaw die pregnant pastu sume happy. Dom and Paul bincang pasal ayah diorang. Time Vince mati. Pastu ade 3 kali audience bersorak hebat : Time the Rock bukak peti tengok2 kosong. Time Ludacris berjaya bukak peti dan duit mencurah. Time citer abis. Sume orang puas hati.Yela hari ke 5 pon full house lagi. Semalam member nak g tgk dia kata sold out!! Itula penangan hebat citer FF5. Okey rase nak tgk lagi sekali la plak kannnnnnnnnnnnnnn tolong!!!

Kesimpulan :

1. Tengok wayang sampai abis, jangan bergerak selagi panggung xkosong paham?
2. Kalau ade the Rock, citer tu mesti best punye. Begitu jugak sume citer yg ade laki bdn ketul2 dan awek hot xhengat. Oh hampir lupe kat keta laju hehehe.
3. Kalau orang kate xiter tu xbest, g je tengok. Persepsi kita dgn orang xsama. Hokey.

* xsabar nak tengok KL Gangster. Caya la Syamsul Yusof!! Kalahkan Farid Kamil dgn Kongsinya!!hehe. Sorry tapi Syamsul Yusof memang pandai wat citer aksi ni.Saye dulu peminat Farid Kamil tapi nape nak gaduh sebab kwn anda lebih glamer. Xbaek woo..Okey see you!!!!!

Monday, May 16, 2011

Cubaan Satu ke Cubaan Dua..Roger2

Hi sume!!

Cam dah lama je tinggalkan dis blog sebab hari tu cam ade masalah je belog ni xleh nak update nak sign in sume.

Okey ada banyak kebenda nak update ni.

Mula mula sekali, gaduh dgn dasyat kerana makcik kertu. Okey xnak ulas lanjut kang ade mulut2 yang g lapor kat die abis la I kekekeke. Tak berbaloi noks nak sebut kat sini. Geli geli mat.

Okey, telah 2 minggu bermata kelabu, yeay! Itu pun hari Sabtu Ahad time kelaur dgn Fufu. Sebab hari laen die risau saye terlampau extravaganza dan menyerlah lalu menarik perhatian jejaka. Xlayan der..lain la kalau jejaka Korea yang lalu ekekeke. Perasannnnnnnnnn diorg xpandang punye sedangkan kat Korea pompuan sume kulit licin bak telur dikupas (dengan baik), hahaha.

Mula-mula g la berguru dengan member baikku Farah tentang bagaimana memakai contcat lens hahaha. Xpayah wat tutorial video bagai, ni tengok depan mata usha kelip pok kelip pok (bunyi bulu mata rozita che wan mengibas ngibas) hokeyy. Pastu cam ngeri dan remeh la kelihatan tapi yg sure pastu kelihatan menawan la plak. Farah pun promote Farshah Lens. Google bagai nak gila la Korean lens sebab tgk diorg pakai macam cun gilaaaaaaaaaa cam Babydollllllllllllllll sedangkan dah diorang memang cun, pakai bebola mata ayam ke kerbau ke jadik cun jugak. Haiyya.

Tiba-tiba time nak g pasar malam, banyak la plak kedai jual Korean lens ni, jadi terus malas membeli secara online dan terus tengok katalog kat situ jugak. Usha punya usha sambil tanya pendapat Fufu (sebab dia yg nak tgk nanti, kot muke cam nyah pas pakai xke pengsan pakcik tu), maka ambik kaler grey untuk cubaan pertama. Haha. Size besaq sket je dr saiz mata asal sebab xnak la lens yang memenuhi ruang. Takut ah nak tengok muke sendiri kang. Jadi dengan semangat esok lepas beli tu pakai seharian di rumah. Mcm sakit mental x, haha. Farah kata cuba biasakan jadi apa lagi. Sebelum tu g beli solution Solo Care dengan cik Farah kat Guardian (rase bersalah kat Watson sebab saye ahli Watson, tp time tu abis kat Watson hukhuk). Mule2 pakai mak aiiiiiiiii apesal xnak lekat kat mata ni? Adekah mata saye spesis laen?? Farah pun sampai tensen tengok kenape xlekat2 kat mata saye wuwu. Pastu akhirnyaaaaaaaaaaaaaaa berjaya!!1 Hooray!!! Tapi tibe2 menangis kesyahduan dan bertakung air mata tanpa henti hahaha. Pastu dlm 10 minit pastu okey rase cam biasa. Memula rasa cam ada benda masuk dlm mata tapi xboleh nak korek kluar haha.

Kemudian Sabtu itu, bangun awal semata-mata nak biar mata okey baru nak bermekap. Maka inilah hasilnye ye rakan-rakan :

 Xpaham tol camana cara nak amik gmbr cam Hana Tajima tu depan cermin kekeke..oh lupa kamera pun xsetanding hahahaha:) Tapi saye sayang kamera ini (beli time harga kamera masih mahal) sekarang harga kamera ni dah boleh dpt kamera yang canggih manggih (cess betul peredaran zaman ni).



 Tadaaaaaaaaaa!!! Hahaha rasa la laen macam sket pastu rasa cam kono sume orang tengok padahal macam hari2 biasa ja. Konon sebab pakai lens rasa cam over the pagar hahaha. Best pakai. Pasni nak beli kaler hazel dgn shokolat muda la plak.

Wednesday, May 11, 2011

Hati Perempuan, Susah Nak Faham Tapi Berbaloi Kalau Cuba Faham, Ada Faham?

Hi gorgess,

Susah ke nak paham hati pompuan? Susah ke? Orang kata "Woman ayes are windows to her soul" ye ke? hehe. Jadi silalah tenung mata pompuan lama-lama. Ada 2 kebarangkalian (budget add math sedangkan dapat ciput, malu kat abah seorang guru add math berkaliber) : sama ada pompuan tu lempang anda dgn dasyat ataw pukul and dgn heels/lesung batu/handset/kamera dan laen2. Macam dah ada byk sgt kebarangkalian la pulak kan haha.Oh melainkan anda tenung mata mak anda ke, awek anda ke, makcik ke. paling-paling pun diorang akan kata "Ko ni dah meroyan ke apa?".

Sebenarnya..tak susah nak faham perempuan ni. Tapi kadang2 lelaki anggap remeh hal tu dan xfaham ape sebenarnya perempuan tu nak. Tapi xsemua lelaki la ye:) Perempuan sgt simple hokeyyyyyyyy kalau dia tak suka, jangan buat. Ape die suke, cuba lah bagi. Tapi kalau die mintak melebih-lebih tu abaikan je hikhik.

Paling penting, sekali perempuan sakit hati, wah akan berkesan sgt kat hati dan ambik masa yang sangatttttttttttttt (sangat I tell yu) lama utk lupa. Ops, xkan lupa tapi akan buat2 lupa sebab die xnak sakitkan hati sendiri dan nak move on. Tapi kadang2 benda yang menyakitkan hati tu die akan fikir jugak.

Oh perempuan memang pendendam di dalam hati:P

Okey sambung di kemudian hari.

Perkara Membencikan

Hi gorgess!!!

Macam biasa hari Khamis yang bahagia ni buat apa lagi kan..hehe..eh keje dah siap taw, dah tunjuk kat bos pun. Jadi sementara tunggu waktu lunch, marilah berbelog hehe.

Nak cerita pasal benda-benda yang menyakitkan hati especially time pagi kelam kabut nak pegi keje.

Situasi : Cik Paeh tengah menggelabah ayam sebab dah la bangun lambat, ofis plak kene jalan dalam 10 minit dari LRT Masjid Jamek. Maka, dia berjalan laju giler dan menyelusup di celah-celah orang ramai untuk mara ke hadapan. Redah orang kat laluan depan Vista yang penuh dengan orang beli sarapan. Redah orang turun naik tangga nak g LRT. Pastu beratur nak beli tiket. Ye saya sangat malas nak beli Touch n Go:P Jimat konon. Hasilnya lembab ade la.

Ha...kat sini xpuas hati bermula. Masalah kat kaunter tiket ni sama ada :
1. Nak tanya pasal Touch n Go, nak reload (dah lambatkan insan pakai tiket ni)
2. Nak tanya camana cara nak g situ, sini, sinun, dan laen2
3. Dah depan kaunter baru nak hegeh2 selongkar beg doraemon (penuh brg), cari dompet, terkial keluarkan duit. Pastu tengok2 kluarkan RM50?? Oh memang nak kene pelangkung dgn den. Duit seribu xde ke kak?
Ha ni la lagi satu, bwk la duit kecik. Kalau hari ni tengok xde duit kecik, g la tukar utk naik LRT esok harinya..xkan tu pun nak kena ajaq?? huhuuuuuuuuuu
4. Gedik-gedik dgn kwn2, geng, bf sampai xsedar dah sampai depan kaunter, pastu gedik2 lagi nak bayar duit pun lembabsssssssssssssssss

Okey dah beli tiket. Teruskan. Cik Paeh nak senaman jadi pagi2 naik tangga manual. Dulu naik eskalator tapi sekarang nak gaya hidup sihat. Sedangkan baru semalam makan ayam goreng McD spicy hahaha. Tunggu la tren. Ha yg xpuas hati time tunggu tren :

1. Kita punya la beratur tepat kat kawasan yang ditetapkan tu..(kat LRT Universiti, die akan wat garisan guna cat merah untuk tandakan pintu masuk tren) jadi dudukla dekat line merah tu. Dah penuh orang kiri kanan line. Kan pintu ade 2 bahagian, kiri kanan boleh masuk. Tetibe datang sorang aweks yang ala-ala cun xhengat (konon) terus je berdiri sebelah den. Aikkk??? Aikkkkk??? Rase cam xde line pun sebelah aku ni. Dah 3 line la pulak. Nak sound, malu plak kang. Jadi..okey ni malu sket nak cakap. Saya yang jahat ini, akan cover tepi pintu masuk tren supaya dia bg org yg beratur masuk dulu. Wajar la kan? Sape suruh xreti beratur. Dulu time sekolah, time rehat mesti xberatur beli makanan la tuuuuuuuuu.

Okey dah berjaya masuk tren. Tunggu sampai ke destinasi Masjid Jamek. Yg xpuas hati kat sini pulakkkk:

Penumpang semua berdiri dengan bahagia (jarang dpt duduk kan?) hehe. Sampai la Stesen Bangsar, pintu terbukak. Rasa cam semua orang dah keluar. Tetibe meluru la sorang aweks ni merempuh2 orang lain, sekius me sekius me dgn muka kerek sebab terlambat kuar. Oit akak, tadi time orang kluar, awk wat ape? Nak tunggu pintu tren lagi 2cm nak tutup baru nak lari kluar. Ingat McGyver ke?? Adoilaaaaaaaa. Yang xtahan yang baru masuk plak tgk semua orang cam xpuas hati. Ape salah kami? Kami naik dulu tren ape?? hahaha

Okey settle. Sampai stesen dah. Macam bahagia la konon. Oh..tidak lagi. Naik plak eskalator ke tingkat atas. Dah ada signboard kat eskalator tu tulis "PLEASE STAND ON THE LEFT TO ALLOW OTHER PEOPLE TO PASS". Maksud die? Sila la duduk belah kiri kalau korang xnak jalan laju2 naik tangga dan nak statik kat atas tu. Bagi la I yang pelumba lari ni nak pecut naik atas ade paham ka? Okey kalau pakcik yang sebabkan traffic di sepanjang kanan tangga tu boleh dimaafkan lagi. Ataupun saye akan mintak dengan baik. "pakcik, boleh tumpang lalu" ewahhhh gadis ayuuuuuuuu kekeke.

Okey bahagia dah kot. Kecuali berpeluh2 jalan g ofis yang agak jauh sambil peluk beg kuat-kuat takut kena ragut. Dah pulak yg terbaru ni main simbah-simbah asid. Giler ape nak main dengan asid ni? Xpuas hati sgt curah kat muka sendiri please..Hai xfaham aku. Xboleh bg hidup saye senang sket ke. Dah la lambat bangun. Haha salah sendiri.

Thursday, May 5, 2011

Mama T_T

Mama..

Selamat hari ibu.

Nak citer pasal mama terus nak nangis T_T

Nanti saya citer hari Isnin ye.

Nanges lagi dah la sejuk abis sume nak mengalir.

Sayangi ibu anda taw:)

Wednesday, May 4, 2011

Plan Kawen

Hi sume:)

Hari ni bersemangat nak citer pasal plan kawen saye kekeke maluu giler ah. Sedangkan xde la bincang secara formal lagi tp dah bincang2 dgn mama, family & Fufu, insya Allah tgh tahun depan. Jadi sebelum tu marilah chayok mengumpul wang dan harta benda yeah kamon kamon..hahaha meroyan:p

Ikut plan, cik Paeh dan Fufu takkan bertunang, terus nikah je. Eh, bukan..bukan gelojoh tapi sumber kewangan tak banyak kene la pandai2 ukur baju kat badan sendiri. Nak pelamin 5 panel, fresh flower bagai, nak baju Rizman Ruzaini ke Rizalman ke, nak MUA Kak Awin ke Fiza Zainuddin ke sume bolehhhhhhh...bolehhhhhhhhhhhhhh KALAU ade duit hekhek. Yang penting, lepas kawen tu nak senang, xnak bayar hutang menimbun sebab nak wat majlis beria bagai. Wahh sejak bila aku cakap bagai2 ni cam pelik plak.

Orang kata, sebelum kawen sume benda kita panik sebab cam susah, tak teratur, tapi....orang kata jugak lepas kawen, insya Allah dipermudahkan jalan dan hidup kita. Yela wat benda baik, rajin2 berdoa, Allah kan mendengar doa hamba-hambaNya:)

Okey, mari lihat benda2 berkaitan kawen yg berada dlm plan cik Paeh (oh ayat skema ayam). Ops..sorry ayam yg xbersalah.

1.  Baju Nikah

Warna putih. Titik. Tiada kompromi haha. Ni la yg paling penting sekali bagi org yg nak mulakan kehidupan suami isteri. Putih tu suci, bersih sume. Kalau nikah kat masjid, nampak elok je. (Haha umah cik Paeh sebelah masjid je, jadi memang kat masjid la kan). Insya-Allah, nak goda abah suruh nikahkan saye:) Doakan berhasil ye sebab time kaka sulung dulu, abah pass kat Tok Kadhi. Ok, nak baju plain putih cmni (rujuk bawah) tapi ade cam manik2 and kerawang2 sket. Tak nak lace banyak2 sgt. Kecuali time tu I dah kurus giler, bolehla hakhak. Kalau tak, nampak cam gemuk la berlapis lace, lace melapis lemak camtu la. Okey ini contoh design yg I suke :

 Pastu boleh la try pose camni jugak utk nampak ramping. Oh sgt penting, pose tangan di pinggang akak memberi shape kepada body anda ye haha. Tips ni :)
 2. Baju Bersanding Belah Pompuan (and shoes to match)

 Oh yg ni saya masih fikir, ewahh cam la hujung tahun kan. Banyak lagi masa nak fikir kot..err ye ke? Sama ada warna gold, silver atau peach. Tapi nak 2 warna je utk belah laki dan pompuan. Sempoi je. Tak suka tukar2 baju kejap kimono, kejap gown bagai. Tapi suke tgk org yg tukar2 baju time kenduri hehe. Bila kat diri sendiri, pandai plak nak sep (bahasa utara utk save) haha.

Okey gold ala2 seperti ini atau lebih bersinar lagi haha giler apa. Tapi yg lebih sopan sebab saya bertudung okey. Tak faham sesetengah orang yg bertudung, time kawen nak bukak-bukak plak Dosa sekali seumur hidup ke? Huhu jauhkan ye:P Okey tgk gambar bwh ini (saya suka kain yg flowy2):


Oh mestilah kasut cungilertengokjepunrasenakpengsandanmenangis ini. Adoi, harap2 berjaya la nak sambar kasut Christian Louboutin ni haha (dlm mimpi). Cari yg cam replica je la kot, yang ala-ala gini ha. Nak heels tinggi tingggggggggggggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

 Okey, 2nd choice, kaler silver. Oh sangat nampak exclusive la kaler silver ni. Macam kaya walaupon kayap sebenarnya hahaha. Okey xkira baju kaler ape pon, yang penting saya nak ada reben kat pinggang, diulangi, reben kat pinggang hehe. Sekarang pon kebanyakan baju ada reben. Sukaaaaaaaaa..cam comel walaupon dah masuk warga tua dah:P Okey tgk baju gorgess ini :

 


 Ah xkira nak jadik kurus jugak sebelum kawennnnnnnnnnnnn nakkkkkkkkkkk kurussssssssssss.

 Okey kasut yg breathtaking ini jugak milik Christian Louboutin huwaaaaaaaaa..cun gila..pakai baju t-shirt dgn kasut ni pon dah cukup vogue. Oh hati tertawan, kau menawan :


 Lembut giler kain die, flowyyyyyyyyyyyyyyyyy

Okey kena la padankan dgn kasut nude yg gorgess ni kan. Superb giler ah.


3. Hantaran Pompuan (yeay yeay)

5 dulang balas 7 dah la xpayah membazir. Okey nak beg Coach @ Carlo Rino pleaseeeeeee huhu..Nak yang simple2 je camni :





Perfume yang menjadi idaman, dulu, kini dan selamanya. Miss Dior Cherie by Christian Dior. Bau die manissssssssss cam candy!!! Suke sume yg bau manis2 ni tapi harga RM300++ kot haha. Takpe mulekan mengumpul!!!!! (Kalau dapat ni, sehari pakai setitik je, jimat) haha.
Saya xperlu nak barang2 mekap MAC ke ape bagai, saya just nak barang-barang ZA kesayangan saya ni je:) Perfect for me oh suke sukeeeeeeeee



Kredit to : everbluec.onsugar.com

Dan sudah tentu bagi penggila foto cam saye..........DSLR Nikon D90 pleaseeeeeeeeeee hehe. Best la dapat ni mesti muntah2 amik gmbr time honeymoon. Ewahh kawen pon lmbt lagi haha. Xsabar giler la..tunggu ye Cik Nikon..(cik la sebab I dapat nanati haha) tapi share dgn suami la of course:) Nak beli sorang satu kene jual bulu kot, tu pun kalau laku haha.

 Pastu nak shades..xkisah la ape2 jenama..jenama Matahari ke, Guess ke, Teka ke, Sinaran ke asalkan lawa..kalau mampu, Ray-Ban ye:) hehehe nak jugakkkkkkkkk




And cincinnnnnnnnnn nak yg kaler Ruby boleh?? Sebab nak perasan cun dan sexy cam Ruby yg dalam telenovela TV3 dulu tu haha..cam cun je cincin batu berkaler ni kan kan..yg penting, nak simple camni, 1 batu pun xpe:)


Encik Fufu suke cincin camni, jadi pattern ala2 camni la nanti :


X-BOX la ape lagi, peminat video games tegar tu haha :


Nak belikan wallet and belt set sebab die suke belt and dompet boleh tukar baru:) Ni CK punya, tengokla nanti Fufu nak brand ape.

Perfume. Fufu tengah fikir nak brand ape tp saya dok push2 beli Dunhill sebab bau die wangi la plak, cam maskulin kekeke..oh tapi saye xsokong rokok okey







Dia nak jam Fossilllllllllllll oh pengsan kejap tp dah tgk harga xde la mahal giler babas sgt, boleh consider lagi hahaha, design lebih kurang la camni :


Oh dan set baju kemeja + vest atau kemeja+ kot yg best ini. Yg bawah ni PADINI punye :



 5. Venue - Nak wat kat dewan, senang

Ni la dewan kat Parit Buntar In  yg diberi nama Dewan Seri Kerian :) Cantik ada roman pillar tinggi, boleh berarak masuk dari depan. Nak wat kat dewan sebab family xpayah susah kemas umah pas kenduri lagipun kat sini cam tersusun. Hantaran simpan je kat umah. Cantik dewan ni, dgn umah 5 minit je hehe.


 Kredit : anjungpengantin.fotopages.com

6. Hiburan (haha cam jahat je bunyik)

Saya nak gamelan pleaseeeeeeeeee huhu. Suka bunyi dia yg menenangkan dan macam raja2 la konon haha. Boleh bayar kat persatuan gamelan sekolah2 area situ rasenye:)


Oh kompang wajib. Pengantin datang, KOMPANG!!!! Pengantin duduk, KOMPANG!!! Pengantin suap nasik, KOMPANG!!! haha gila la pulak. Suka kompang sebab meriah sangat2 wahhhhhhhhhhh best!!!!








8. Pulut Kuning

Okey, orang potong kek tapi saya xnak. Nak pulut kuning, sedappppppp org tua pun boleh makan. Kek dah naik muak sebab dah ade candy buffet nnti hehe:)

Kredit to : hanimuracupcake.blogspot.com

Bestnyeeeeeeeeeee haha:) Malas nak format, berterabur je hehe.