Wednesday, April 20, 2011

Hidup Penuh Gembira!

Hi gorgess!

Nah amekaw! Haha balas dendam taip banyak-banyak post sebab dah lama tinggal blog ni. Kesian die. Tiup sawang sikit (eh tapi ni kan memang kat laman sesawang), biar saja sawang itu, biar mengaduh, biar gaduh (tiba-tiba teringat cerita Ada Apa Dengan Cinta). Oh Rangga yg bermata sepet itu dan Cinta yg senyuman cam madu itu.

Okey nak upload gambar weekend lepas xboleh sebab kamera berada dengan Fufu. Dia akan berdinner esok malam dan saya nak tengok gambar banyak-banyak. Nak tengok semua rupa insan tersayang di ex-ofis. Hehehe. Tema die white, turquoise & pink. Cuba teka ape kaler baju Fufu? Oh nanti saya tunjuk minggu depan ea hehehe.

Esok semasa Fufu berdinner, saya akan berjoget dan berdangdut. Oh bukan perbuatan sebenar. Saya ada dating dengan my friend sejak kat UM, cik Farah!! Kami dah lama xkeluar sama-sama. Jumpak kat LRT je selalu. Jadi, esok adalah masa bergembira dan bergosip riang!


Pas ofis esok terus jumpak cik Farah kat LRT Universiti, g MidValley naik bus sama-sama. Pastu membeli tiket wayang dan makan secara berlebihan. Oh dah dapat gaji hari ni hehehe yahooooooooooo!!! Tapi separuh gaji je sebab ape? Sebab masuk keje pun 11 hb hari tu hehehe. Nak beli contact lens. Nak menjadi bermata besar dan menawan. Fufu xkisah saya bergedik-gedikan, asal jaga pakaian dan jaga perangai. Nak mekap bergaya segala bagai dibenarkan hehehe.

Hari ni Fufu sakit. Sejak semalam die sakit. Die lelah teruk tapi dah lama xkena. Tiba-tiba semalam penyakit die datang balik. Saya sangat risau. Harap2 Fufu cepat baik, kalau die sakit saya xgembira. Saya sedih tengok ornag saya sayang menderita, saya xboleh nak tolong apa-apa. Dia dah balik dan amik MC utk hari ni. Esok dah la dinner, harap2 dia boleh pegi. Sebab dia dah usaha banyak untuk dinner ni. Sabar ye papa.

Oh, Sabtu akan pegi Urban Retreat Spa utk kali kedua untuk massage. Gembira!! Sila pegi ke sana. Google utk maklumat lanjut, tgh ada promotion sekarang ni:)

Okey sambung buat keje kang bos tempeleng padan muka hakhak.

No comments:

Post a Comment