Angin..
Tolong bawakan satu khabar
Hati ini rindu padanya
Mata ini mencari-cari wajahnya
Tahukah dia?
Angin..
Suaraku tak sampai membisik di telinganya
Dapatkah dia mendengar?
Apa kata hati ini
Yang takut kehilangannya
Angin..
Tolong padamkan resah di jiwa
Kisah lalu kenapa nak terkenang
Biar saja jadi debu
Lepas jauh jauh biar tenggelam
Angin..
Tujukan satu lagu
Buat sang kekasih
Aku mahu dia tahu
Hati ini satu
Miliknya seorang
Jangan ragu
Angin..
Rasa selembut sutera
Merawat hati lara
Membuang jauh gundah
Tidak lagi mencengkam
Hanya tinggal
Rasa gembira bermukim
Pintaku pada Tuhan
Kekallah rasa ini
Selamanya..
Kerana aku cinta dia
No comments:
Post a Comment