Hi gorgeous!!
Okey ini cerita lapuk lagi basi dan ditelan zaman.
Hobi saya melancong. Kalau boleh hari hari saya mau melancong.
Tapi aa..duit pon tadak banyak jadi saya melancong ala Destinasi Budget dan memang budget la haha.
Sape2 yg nak berjoli+jalan tapi nak budget boleh mintak idea saya ye. Mahir ni bab2 ni.
Boleh juga bertanya tentang tempat menarik, hotel yg best, cara nak pegi sana dan lain2. Wah, semangat lebih kot.
Pada bulan January 2010, saya telah melancong ke Genting Highlands.
Berikut adalah intipati perjalanan haha gelinye ayat.
Yeay!!!!!! Takut giler nak naik flying coaster ni tapi selepas naik rase nak naik lagi 10 kali!! Yes rase mcm SuperGirl!! Terbang terbang lagi..menjerit smpai menitiskan air mata..tapi mungkin jugak kabus yg terkondensasi jadi wap air melekat kat muka haha. Tipu!!!!!!!! Okey nak g Genting ni ade pakej die, jimat lagi gembira. Beli je kat KL Sentral aras 1. harga die dlm RM39 ke RM 42 ikut season. Kalau cuti sekolah up sket kot tp xmahal sgt. Pakej merangkumi : Bus (pegi balik) + Skyway (pegi balik) + outdoor park (boleh pilih kalau nak indoor ataupun both parks). Ops, nak naik flying coaster ni xpakej sekali, kne bayar RM10 on the spot sebelum main. Ala murah je kan.
Ukur tinggi haha. Nasib bek cukup. Sume games kat theme park ni ade had tinggi die utk keselamatan. Budak2 kecik sgt xleh main kang terkeluar tercamapk ke bahaya.
Gaya konon2 berjalan dan amik gmbr. Ops termasuk mamat berbaju merah. Sorry ye tersnap masuk pulak.
Ala ala Gondola Venice tapi kat Genting haha. Tp ni utk indoor park je la.
Merry goes round and round and round.. hehe best jugak xlapuk dek zaman
Dtg dekat2 Chinese New Year ni ade la pokok yg berkelipan ni hehe
Hari tu ade cultural exhibition setiap negara..Boleh beli mcm2 brg dr Korea la China la sume cute2....Tapi xbeli byk pon..sy suke mkn je byk haha
Dgn model die pon xmencapai tingginye, ni plak dgn yg real life haha.
Yes Faiz menembak musuh2 dan kwn2 jahat hahahaha gelak evil hahahaha
Kenderaan terbang di dalam First World Plaza. Oh ye saya tinggal di First World Hotel. Murah je RM98 per nite, breakfast provided. Bilik okey, simple dan bahagia je. Asal boleh tido kan. Kalau book online lagi murah kdg2 boleh dapat RM40 per nite. Cubalah ye:)
Pameran lukisan .
Merasakan cinta apabila melihat gondola.
Gambaran dalam First World Plaza.
Tak tau apekah tujuan air pancut ni tapi semua orang membaling duit syiling ke dalamnya. Mungkinkan sejenis wishing well? haha xpayah susah2 lempar dlm air, doa je kat Allah. Tapi sape nk baling, boleh. Silalah baling ke dalam beg saya yeay!!!!!! nak nak.
Ha, pasal makanan, jgn risau dalam Plaza ni ade byk kedai makan halal jugak. Mamak pun ada. Harga okey je. Xde la jauh beza sgt2.
Aksi menggedik.
Bus Go Genting. Sume pakej kat KL Sentral naik bus ni la. Selesa dan comel. Tapi driver kata xleh mkn dlm bus huhu. Laparrrrrrrrrrrr dah la terlmbt sbnrnye pagi tu. Bus dah nak gerak.
Tunggu bus nak balik KL dah time ni. Huhu bye Genting!!!!!!!!!!
Bergambar dengan 2 wanita afrika. Main cekup je ajak bergambar haha. Diorg plak sporting.
Sekian laporan dari Genting.
Pasni laporan dari tempat sejuk lagi hehe.
No comments:
Post a Comment