Wednesday, July 20, 2011

La la la~~~update edisi 'Sangat'

Hi sume:)

Saye janji akan update belog secepat dan sebanyak mungkin.

Sangat busy sampai xcukup tangan dan kaki nak menaip.

Sangat pokai sampaikan 2 hari dah makan megi Asam Laksa je.

Sangat rindu nak balik kampung.

Sangat malas nak bangun pagi.

Sangat kelaparan nak makan nasik kukus ayam goreng berempah kuah gulai dengan sambal sedap.

Sangat menunggu hari Jumaat sebab dapat gaji, awal2 pagi nak g korek akaun dah mendapatkan duit.

Sangat pelik kenapa time makan sup hari2 berat xturun tapi bila sekarang makan nasik 2 kali seminggu boleh kurus pulak.

Sangat rasa nak hentam seseorang sambil ketawa dekah dekah (xmolek sungguh).

Sangat rasa nak marah, jadi jap lagi kat stesen LRT tolong la berdiri sebelah kiri dan bagi laluan kepada saya, kalau x, saya akan jadi annoying gila dengan berkata "Sekius me.." sambil buat muka fedap (fed-up) ala-ala graduan baru balik dari London.

Sangat nak pegi jalan-jalan tapi dah 3 hari google tetap xde idea nak g mana.

Sangat rasa nak baring tapi ni kat ofis lagi, nak cepat sampai umah kena jalan dulu hukhuk.

Sangat rindu kat seseorang yang manja cam kucing meow2 dengan saya sedangkan dgn orang lain dia cover hehe.

Sangat nak makan cupcake red velvet. Atau kek. Atau macarons. Atau apa apa jua yg red velvet.

Sangat rasa nak dimanjakan dengan diurut dan difacial di spa. Oh mungkin juga mahu membuat perubahan (lagi??) kepada rambut haha.

Kesimpulannya, hari ini sangat penat, namun saya gembira kerana di penghujung hari ini, nasi kukus menanti saya. Juga pakwe kesayangan yang bersedia mendengar keluhan dan rungutan aweknya.

Terima kasih TummyTrim.

Sekian, kemas beg dan lari laju-laju balik umah yeay!!!!!!!!

Yeay!!!!!!!!!!!!! Lagi sekali sambil wat ombak..yeay!!!!!!!!!!

Oh rasanya xde sape kat umah malam ni sebab semua g tengok Chelsea lwn Malaysia.

Saye yang xpegi?? Layan..eh citer ape hari Rabu malam kat TV3 ea??

Okey sekian. Babai.