Wednesday, April 20, 2011

Hidup Penuh Gembira!

Hi gorgess!

Nah amekaw! Haha balas dendam taip banyak-banyak post sebab dah lama tinggal blog ni. Kesian die. Tiup sawang sikit (eh tapi ni kan memang kat laman sesawang), biar saja sawang itu, biar mengaduh, biar gaduh (tiba-tiba teringat cerita Ada Apa Dengan Cinta). Oh Rangga yg bermata sepet itu dan Cinta yg senyuman cam madu itu.

Okey nak upload gambar weekend lepas xboleh sebab kamera berada dengan Fufu. Dia akan berdinner esok malam dan saya nak tengok gambar banyak-banyak. Nak tengok semua rupa insan tersayang di ex-ofis. Hehehe. Tema die white, turquoise & pink. Cuba teka ape kaler baju Fufu? Oh nanti saya tunjuk minggu depan ea hehehe.

Esok semasa Fufu berdinner, saya akan berjoget dan berdangdut. Oh bukan perbuatan sebenar. Saya ada dating dengan my friend sejak kat UM, cik Farah!! Kami dah lama xkeluar sama-sama. Jumpak kat LRT je selalu. Jadi, esok adalah masa bergembira dan bergosip riang!


Pas ofis esok terus jumpak cik Farah kat LRT Universiti, g MidValley naik bus sama-sama. Pastu membeli tiket wayang dan makan secara berlebihan. Oh dah dapat gaji hari ni hehehe yahooooooooooo!!! Tapi separuh gaji je sebab ape? Sebab masuk keje pun 11 hb hari tu hehehe. Nak beli contact lens. Nak menjadi bermata besar dan menawan. Fufu xkisah saya bergedik-gedikan, asal jaga pakaian dan jaga perangai. Nak mekap bergaya segala bagai dibenarkan hehehe.

Hari ni Fufu sakit. Sejak semalam die sakit. Die lelah teruk tapi dah lama xkena. Tiba-tiba semalam penyakit die datang balik. Saya sangat risau. Harap2 Fufu cepat baik, kalau die sakit saya xgembira. Saya sedih tengok ornag saya sayang menderita, saya xboleh nak tolong apa-apa. Dia dah balik dan amik MC utk hari ni. Esok dah la dinner, harap2 dia boleh pegi. Sebab dia dah usaha banyak untuk dinner ni. Sabar ye papa.

Oh, Sabtu akan pegi Urban Retreat Spa utk kali kedua untuk massage. Gembira!! Sila pegi ke sana. Google utk maklumat lanjut, tgh ada promotion sekarang ni:)

Okey sambung buat keje kang bos tempeleng padan muka hakhak.

The small things that matter

Hi gorgess,

Baru-baru ni terbaca kat paper dan tengok t.v ade siarkan tentang beberapa pekerja kontraktor terperangkap dalam salur pembentungan. Tak dapat diselamatkan. Tengok family diorang nangis2 kat situ. Ade makcik tua atas kerusi tolak, mesti mak salah seorang daripada mangsa.

Lepas tu beberapa kali time naik LRT balik dari ofis, time hujan2, aku selalu nampak buruh-buruh kasar, mostly warga asing, kat atas cerucuk bangunan tgh nak siapkan keje2 terbengkalai. Diorang dah la duduk atas bangunan, dengan besi terpacak-pacak. Bangunan dah la tinggi nak mencecah langit, kilat sambar menyambar, guruh semua pakej la, tapi diorang tetap tabah buat keje, nak siapkan keja diorang.

Aku selalu fikir, kadang2 kita lupa. Lupa akan orang2 yg keje die kita anggap remeh dan lekeh, sedangkan tanpa diorang, hidup kita ni memang susah. Mane kita nak duduk kalau xde orang nak bina rumah2 untuk kita? Mesti sampah menggunung, busuk, banyak binatang kotor dan penyakit kalau xde pekerja2 bandaran nak buangkn sampah2 kita. Mesti saluran tandas dan pembentungan tersumbat kalau xde sape nak bersihkan dan check selalu. Tandas? Xpayah cakapla. Kita pun geli bila tengok tandas kotor, and kita suka bila masuk toilet bersih. Kita fikir x betapa besar pengorbanan org yg tolong cucikan tandas tu? Entah2 kita xpandang pun time masuk toilet tu kan. Lagi plak awek2 perasan lawa, perasan vogue yg dah banyak kali aku jumpak.

Aku? Aku xkata aku terlampau baik. Tapi aku belajar menghargai semua orang kat sekeliling aku. Makcik cleaner ke, pakcik guard ke, pakcik buang sampah bwh rumah ke sape je. Sesekali bukan kena bukak mata je, hati pun kene bukak jugak. Jangan anggap diri kita besar sgt, hebat sgt. Dan sape pulak kata keje mcm diorg tu teruk sgt, hina sgt? At least, diorg tekun wat keje dan gigih cari rezeki utk family, utk diri sendiri.

Aku suka jugak tengok pekerja asing. Diorg ni sungguh2 sgt wat keje. Dah la masuk keje pukul 6 pagi camtu sebab nak get ready, pastu plak balik keje ntah malam pukul berapa. Diorang selalunya duduk menyewa ramai2 satu umah. Pastu selalu keluar beli brg ramai2, jalan pun peluk2 bahu, pegang2 tgn dgn kwn2 diorg. Ukhuwah giler. Terharu. (Eh aku sukela tgk laki mesra2 dgn kwn2 diorg, sweeeeetttt sgt. Sape kate camtu gay? Karut ah). Diorg sgt menghargai sesama sendiri sebab ape2 tu la kwn diorg sama2 kat Malaysia ni. Aku pun kadang2 take things for granted jugak.

Aku memang respect orang2 camni. Sebab tanpa diorg, hidup kita susah beb. Aku yg keje dlm ofis ade air- cond ni pun nak merungut-rungut. Bukannya, kene angkat sampah busuk pun. Tu pun nak bising penat la (jalan 10 minit je pun dari LRT ke ofis), busy la (sedangkan keje 8.30 sampai 5.30 je pun).

Peringatan utk diri sendiri : Bersyukur. Ramai lagi orang hidup dengan sgt susah tapi berjaya sebab diorang bertekad. So, kuatakan semangat, cut all the craps and make it happen! No excuses!

Oh bak kata En Rizal, all the excuses are BANGAU. Stop Bangau-ing. Hehehe.

Thursday, April 7, 2011

Contest Anggun with Anggun Zara

Hi gorges

Mari gelak beramai-ramai.

Saye join contest utk gadis anggun, sedangkan diri xanggun dan kasar.

Of course xmenang, tu dah pasti tapi saje2 suke2 hehehe.

Sebab sume awek2 lain dlm contest ni, make up, amik gmbr studio, pakai falsies, contat lense.

Tapi saya? Berwajah comot lepas jalan2 kat Masjid Jamek, tgh lapar xmakan lagi dan hanya bergmbar di CapSquare. Haha.

Org nak LIKE pun ketaq jari jemari kot. Muke kusam dan tidak berseri sebab xdapat tenaga iaitu makanan.

Sekian.

Sunday, April 3, 2011

My Style_Inspired sendiri hahaha

Hi gorgessss

Saje2 suka2 mari lihat baju pilihan saya minggu ini, my hottest buy (for me la) haha



Blue gypsy scarf : Mane lagi Jalan TAR le
Floral knee-length dress : JJ



Floral bubble ribbon dress : Semua House (Ground floor) sgt comel sume dress die!
Pink gypsy scarf : Jalan TAR

Haha sekian tenkiuuuuuuuuu..ni kat CapSquare, bakal tempat keje baru saye :)

Mari Menanam Anggur:)

Hi gorgess!!!

Wow sebulan sudah saye menanam anggur di rumah..bersenang lenang..gembira!!!

Tapi xgembira sebab nak bersuka suka pun duit xde, kan xbekerja wuwuw T_T

Hari hari masak sendiri dgn berjimat cermat dan menyelongkar ape ada dlm peti ais. Kagum x? Haha.

Camni la keje penganggur bertauliah.

Oh mcm ni rasenye bile stop keje sementara..nak taw rase ape??
Rase mcm malasssssssssssssssss amattttttttttttttttttttt nak angkat bontot pegi keje next week..

Oh finally masa berjula joli dah nak tamat..pasni harus mulakan keje kmbaliii..

Tapi bagus, duit masyukkkkk heh

Boleh simpan duit. Boleh wat saving nak kawen yeay!

Oh sebelum tu kene wat beberapa perkara ni : Amik lesen, amik lesen dan lesen. Dah tua berkedut baru nak amik lesen. Xtaw otak ni mampu lagi ke nak terima arahan instructor nanti. Oh takutnye saye!!!!

Kemudian bila ade sale terutama Y.E.S (year end sale) HARUS/WAJIB membeli stok awal2 utk simpanan masa depan.

Oh 2 hari dah tgk2 la ape brg2 yg best.. jam Fossil yg cun, X-BOX, DSLR Canon xpun Nikon. Okey semua sgt menarik jadi perlu menyimpan dulu :) Doakan la ye....

Cepat ke lambat xpe, errrrr tapi xnak lambat sgt. Serius, dah tua kot hahaha.

:p

Friday, January 28, 2011

Kenapakah Encik Lif Sebelah Kanan Benci Kepadaku??

Hi gorgesssssss!!!

Trauma...jeng jeng jengggggggggg

Oh saya berblog dari ofis hari ini sebab dtg membuat sedikit kerjaan (indon lg)

Oh penat tapi nak habiskan saki baki masa di opis ni dgn gembiraaaaaaa..wuwu..team kesygnkuuuuuuuuu huwaaaaaaaaaaa

Oh okey2 jgn sedih lagi tngu bulan March depan..sambil kesat hingus (oh sori, sudah 2hari cik paeh selsema dan air hidung mengalir mcm air terjun)..sila geli ye:p

Trauma.

Saya trauma naik lif Vista Angkasa blok 6 sebelah kanan. Ye, sebelah kanan je. Saya hanya akan naik sebelah kiri punya lif.

Ini kerana sudah 2 kali saya stuck dalam lif ye. Ye dua kali. Nmpknya lif kanan sgt bencikan cik paeh. Setiap kali cik paeh naik mesti terkurung. Org laen naik dengan bahagia dan berjaya je..Kenapa en.lif? Kenapa engkau benci kepadaku?? Atau adakah anda terlalu suka kepadaku sehingga ingin mengurungku???

Peristiwa ini berlaku 2 kali dalam bulan yang sama iaitu Disember 2010. 2 minggu berturut-turut. Tahniah cik paeh mencipta rekod org yg kerap terkurung dalam lif:P

1st time terkurung

Dari tingkat 15 ke ground floor. Masa masuk lif terasa tak sedap hati tp biasa la cik paeh memang gayat tinggi ye, so ingatkan normal. Kat tingkat 2, lif stop. Sorang budak lelaki agak2 form 3 masuk. Malang bagi dia ye. Sebelum nk smpai tingkat 1, lif bergoyang kuat dan turun mendadak (serentak dgn jntung cik paeh yg melompat keluar kerana terkejut yg amat). Pastu die stop. Rasenye xsmpai tingkat 1 lagi. kat tengah2. Gelabah xingat la.Dah la hari Sabtu, housemate sume kuar. Oh ya, utk pengetahuan, setiap hari Sabtu adalah "Hari Buang Sampah Sedunia" cik paeh. Maka cik paeh trkurung dlm lif dgn sebungkus besar beg plastik hitam berisi sampah. Dpt bayangkan x betapa bahagia hidup cik paeh ketika itu?? Oh dgn budak tu sekali bahagia. Haha.

Pastu teringat rumate cik paeh baru balik jogging. Terus call die, kesian die baru nk makan time tu. 

"Nadia, tolong!!! kami terkurung dlm lif, kat tingkat 1. Boleh xtolong panggilkan sape2 tolong??" dengan suara nk nangis. Adik tu xde handset, kesian pulak. Muka dia dah la pucat cam nak pitam.

"Okey2 Nadia gi cari org"

Xlama pastu dengar suara Nadia kat luar lif panggil2 cik paeh.

"Nadia!!!!!!" menjerit kuat2 cam jejak kasih. Sedih giler Sorry la susahkan Nadia di pagi Sabtu yg gembira ini huhuuuuuuuuu. Die dah panggil orang. lepas dalam 15 minit, ada orang kat luar. Kejap dengar diorg tgh kopak pintu, kejap kat atas lif. Xkisahla ada kat mana, tolong sayaaaaaaaaaaaaa. Giler ah. Sebenarnya pas call Nadia tu,terus xde line. Xsempat call Fufu pon bgtaw. Nadia yg tolong msg Fufu bgtaw suruh dtg sebab saya terkurung. Mekacih Nadia wuwu.

Yg adik tu pulak asyik nk try buka2 pintu lif tu, tarik2 la bagai. Aku lagi la panik sebab setiap kali die try tarik, lif tu mcm nk jatuh. Aku dgn cuak cakap " Adik xyah tarik2 pintu tu, kang lagi teruk. Diorg tgh cuba baiki tu". Adik tu angguk paham. Aku dengar abang yg tgh try perbaik lif tu jerit jgn tarik2 pintu. 2 minit pastu adik tu tarik lagi dan lagi dan lagi dan..... "Adik!!!! Xyah tarik dah faham x? Kang jatuh lagi teruk ni" Die pon diam balik. Dlm seminit, die tarik balik. Hilang takut aku, rasa nk tempeleng org plak huhu. Dia cuak sgt kot, muka pucat cam nak pengsan. panik jugak aku. Tapi xtipu, aku pon rasa nak pengsan. Mana ada udara beb. 
Time tu aku dh bukak heels aku pakai slipper je.Hilang mood nk bergaya haha.

Pastu Nadia kata diorg tngu orang lain pulak yg jauh sikit tolong, sebab diorg xcukup alat ape ntah. Adoilaaaaaa huhu. Xlama pastu (lama la, 45 minit kot trkurung) dapat jugak kuar. Tapi lif tu memang tersekat tgh2 tingkat la, kena panjat sket utk naik. Tapi aku legaaaaaaaaa sebab dpt kuar. Hilang sesak nafas. Adik tu kuar mcm nk pengsan je. Aku beria peluk Nadia, terima kasih, mintak maaf kacau dia sume. Aku terus tgk abg 2 org yg tolong tu "Oh terima kasih la, terima kasih (ntah berapa kali aku ckp)". Fuhh lega..time tu Fufu baru on the way nk dtg. Turun 2 dia tngu kat bwh tgk muka aku dgn kesian. Huwaaaaaaaaaaaaaa

2nd time terkurung

Hari Sabtu jugak:P Ye taw, saye malang d hari Sabtu kot. Tapi bezanya xbwk plastik smpah hari tu sebab nak kuar dulu, ptg sket baru buang samapah. Kali ni cik paeh seorang dare..eh diri ye. Masuk2 terus tersangkut kat tingkat 15. Ye, masuk terus tersangkut xsempat nk turun mana2 tingkat pon lagi. Terus call cik Suaray yg time tu baru bngun tido. Sori cik Shulayaaaaaaaaaa sedap2 tido kne kacau kan. Dialog biasa " Cik suraya, tolong!!!! Tolong cari sapa2, kami tersangkut kat tingkat 15 ni". maluuuuuuuuuuuuuuuuu

Xlama pastu dgr suara org kat luar tgh try bukak. Tp aku panik sket sebab kali ni bukan org lif yg tolong tp guard yg xde experience. Aku doa sakan la tolong la jgn terhempas please....Teringat giler berita yg org mati sebab lif jatuh tu. Ada yg permanent patah tulang belakang sume adoiiiiiiiiii. Takutnye.

Abg tu cakap suruh aku try bukak pintu. Bila aku try, lif tu nak jatuh. Aku terus cakap xnak dah, aku xnk try dahhhhhhh..last2 abg tu yg wat, die try bukak2. Tiba2 lif tu jatuh smpai tngakt 8 and terbukak. Aku terus lopmat kuar xnak tngu turun smpai bwh dah. Legaaaaa..Aku cepat2 panjat naik tingkat 15 sambil jeri2 "Cik suraya!!!!!" mcm org giler. pastu cm biasa, sesi peluk dan terima kasih. Oh pas terima kasih kat abg tu, mula membebel pasal lif. Kenapa asyik rosak. Kenapa dah 2 kali. kenapa itu kenapa ini. Abg tu cakap "Standard la dik, dok apartment memang cmni". Aku dgn xsyg mulut menjawab "Oh kalau ada yg terhempas mati, standard la mati tu ye". Abg tu diam terus xtaw ape nk bangkang dah. Yessss!!! haha

Turun bwh dgn abg tu, die teman naik lif kanan yg menyampah itu. Tu pun lepas tgk ada beberapa org laen dlm lif tu.

Sejak tu, bertekad xkan naik lif belah KANAN. Never. Pernah naik sekali dua ja pas insiden tu. Tu pun sebab naik dgn ramai org. Kalau diorg sume turun tingkat 8, aku pun turun. Lagi 7 tingkat naik tangga. Ha begitu cuak.

Sekarang xnaik lagi dah. mesti tunggu belah KIRI je. Kalau belah kanan turun dulu, aku tekan bagi die naik tingkat 15. Ape2 la asalkan tunggu lif kiri turun. Xkira xkiraaaaaaaaaaa aku TRAUMA

Selamat tinggal lif sebelah KANAN. Sampai sini je kisah percintaan kita. Xpayah la kurung aku lagi sebab aku memang xnak kat kau ye huuuhuuuuuuu.

Oh ye esok nak pindah umah blok sebelah. Penatnyeeeeeeeeeeeeee

Wednesday, January 26, 2011

KisahCintaTakTerdugaOlehSesiapa

Hi gorgesssss!!!

Saya xpernah...xpernah..

Xpernahhhhhhhhhh org kata xpernah, xpernah laaaaaaaa

Haha giler kan.

Saya nk cakap yg sy xpernah bgtaw kat sape2 cmana saya dan Fufu jatuh chenta.

Bagi yg geli utk membaca post kali ini, sila klik butang pangkah di atas sebelah kanan ea:P

Memandangkan dlm masa terdekat ni saya xkan sama tempat kerja lagi dengan Fufu, saya rasa hari ni nak imbas balik kenangan saya dan Fufu..pertama kali jumpa...

Honestly, xpernah percaya dengan cinta pndg pertama. Sebab kdg2 pandang byk kali pon susah nk jatuh chenta..tp dgn dia...segalanya berubah. Sejak saat tu, hmmm..saya nak die jadi suami saya. Period.

Tapi saya xfikir dugaan yg mendatang time tu. Sumpah xfikir. Yang saye taw, saya nak die.

Citernye camni...

2 October 2009 

Aku baru masuk office, my 1st job pas grad. Masuk je terus terpandang seorang mamat ni yg turut sama menoleh bila aku masuk. Macam ada elektrik, aku terpana (betul ke ayat ni?). Macam..zupppppp terus masuk dlm hati aku ni. Tapi aku cepat2 toleh kat lain. Malas, lagipun time tu aku in a relationship with someone else. I feel the warmth in his face, his smile. Pastu aku lalu2 area desk die sebab nak g settle registration, amik gmbr sume. Hari tu berlalu mcm tu je sebab pastu aku kne g wat medical cehck up. Rupanya 7 October baru daftar. Legaaaaaaa hehe. Penakut nk mula keje:P

7 October 2009 

Yeay hari baru bermula. 1st day betul2 nak keje:) Gembira dah ada tag staff dan meja sendiri. Ade komputer sendiri, kerusi sendiri, tong sampah sorang satu (oh, heaven!) hehe. Kak Ani bwk jenjalan serata ofis utk kenal2 staff lain, tapi time tu mamat ni xde pegi mane ntah. Xlama pastu baru die masuk. Lega aku xyah intro dgn dia. Sebab 1st2 aku nmpk die cam nakal2 je. Malas nk layan. Pas aku duduk je dalam 5 minit pas komputer aku di setup, ade email masuk. Mak ai!! Aku dah la xreti pakai Microsoft outlook ni, pastu sape plak trus nak email aku ni? Aku xkenal sape2 pun kat sini haaaaa..selain member aku Sya yg masuk keje sekali aku, aku kenal la.

Aku tgk sender die : Fuad. Sape ni??? Sape??? Sapekah???
Email die pendek je : Hai, saya Fuad. Selamat berkenalan.

Pastu aku teringat dari pagi aku dengar semua orang asyik panggil Fuad, fuad, fuad..semua orang nampak suka sangat dan happy dengan die. Aku jadi tertarik dan usha2 la jugak mamat ni. Ape yg menarik sgt ni??

Oh, terlebey sudahh..pastu aku tgk balik kat skrin p.c aku. Die ke Fuad tu? Dgn blur dan muka tembam seposen. Aku tgk die sambil wat muka yang berkata, "wah cepat giler awk dapat email saya ye, saya sendiri xtaw ape email saya" ha cmtula cakap dlm hati haha. Dia senyum2 je. Serius hati aku yg keras ni cam jadi cair cam coklat fondue tu. Adoiiiiiiiii kenapa ni?? Time tu mengucap pnjg, cuba ingat2 kat pakwe time tu.

Pastu hari yg sama jugak, dia terus ajak lunch sama2. Aku terkezutttttttt giler la. Aiyak!! Baru kenal nama je ni. Aku tolak, aku cakap, next time ea. Beberapa hari jugak dia ajak aku g makan dgn dia. Aku pun xnak la berlagak sgt, dah la budak baru. Nak kawan xsalah kan. 

Satu pagi tu, kami breakfast sama2. We clicked. Mcm dah kenal 10 tahun. Sembang rasa sgt selesa, gelak2 dan sikit pun xkekok. Sumpah. Selama ni aku ade relationship dgn sape2, kdg2 aku cover, control dan xjadi diri sendiri sebab nak live up to their expectations. Aku jadi diri org lain yg vogue xtentu hala, asyik nk bersiap utk org lain, sdgkn hati aku rasa kosong. Tapi dgn die, depan dia...semua berbeza. Aku mcm jumpak diri aku yg hilang tu balik.

Dia pun cerita semua benda kat aku. Pasal diri die, family dia. Ada satu masa aku tgk je dia n tanya " Kenapa awk percaya sgt kat saya? Cerita semua benda ni kat saya?"..dengan terpinga pinga. Dia jawab simple je "Entah la awk, tapi saya taw saya boleh percayakan awk". Aku tergamam. Wow, terharu pun ada.

Lepas tu kami memang selalu makan sama2, inseparable. Masing-masing xpernah bangkitkan soalan tentang kitorang ni dlm relationship dgn sape2 ke?? Bab tu kami xpernah cakap lansung. Sampai satu hari, kami bukak bab tu. Rupa2nya kami sama2 in a relationship time tu. Tiba2 aku rasa sedih. Kenapa ni? Kenapa aku nak sedih? Kan aku ada pakwe? Aku pelik dgn diri sendiri.

Aku ingat pastu kami akan jadi renggang, tapi kami jadi rapat. Time tu aku taw, aku dah jatuh cinta. Betul2 jatuh cinta. Bukan cinta yg pernah aku rasa selama ni. Aku boleh jadi diri sendiri. Bukan lagi aku yang nak tarik perhatian orang dan cover2. Aku....happy. Seikhlasnya happy. Kami sama2 taw kami dah suka satu sama lain, tapi...tapi xbaik sakitkan hati org semata2 sebab tu kan? Lagipun masing2 kenal partner masing2 lebih awal kan. 

Tapi bagi aku, aku xleh tipu diri sendiri. Aku bgtaw pakwe aku, aku dah xboleh teruskan lagi. Aku mintak maaf. Tapi aku xboleh terus camni. kawan dgn org lain tp fikir pasal org lain. Tipu orang lain, tipu diri sendiri. Aku taknak camtu. Lepas tu seharian tu aku termenung fikir, aku taw mungkin aku xkan ada apa2 dgn dia, dia pun xkan tinggal awek dia utk aku, tapi aku xkisah asalkan aku jujur dgn diri sendiri, I'm going to be fine. Dalam hati aku ada satu keyakinan yang satu hari kalau ada jodoh, kami akan bersama jugak. Xkirala camana caranya. 

Allah dengar doa aku. Beberapa lama pastu, aku dapat taw dia pun dah single. Die pun xboleh lupakan aku cmana aku selalu ingat dia. Syukur ya Allah..time tu aku rasa kerdilnya diri aku ni. Allah still ingat dan sayang aku lagi. 

Dalam tempoh tu macam2 dugaan kami hadapi, kami jugak xnak terlalu nampak mcm bercinta kat office. Aku xnak org ingt aku xprofessional plak nk bercinta kat ofis. Tapi dah nama pun satu ofis. Xkan aku nak elak dari dia pulak. Lama2 semua orang kat ofis dh taw jugak, xperlu kami nak heboh2 kat semua org kot. Aku bukan suka heboh2 kat org. Pemalu haha konoooonnnnnnnnnnnnn.

Sampai sekarang, hari2 aku doa agar hubungan kami berakhir dengan perkahwinan. Ikhlas dari hati aku, aku cintakan dia kerana Allah. Kami sama2 nak hidup berkeluarga, perbaiki diri masing2, boleh wat ibadah sama2, ingat mengingati sesama sendiri. Aku suka. Aku suke cmana dia sygkan family die. Paling aku suka ayat die, xpayah nak cakap I Love U berjuta kali, cukup la dengar die cakap " Pa nak ma jadi isteri papa dan ibu utk anak2 papa". aku nangis cam tgk citer Hindustan haaaaaaaaaa..hahah giler

Hidup kami biasa2 je. Gaji kami xbyk mana. Tapi kami bahagia. Kami mungkin xenjoy giler cam org lain. Lepak tempat mahal dan standard2. Aku xpernah kisah semua tu. Aku bukan perfect, xpayah nk harapkan semua benda perfect. Belajar la saling melengkapi.

Kalau aku susah, dia tolong. Kalau dia susah, aku tolong. kata nak hidup sama2 nanti. Ape salahnya tolong, bukan dipergunakan pun. Tolong dgn ikhlas. Bezanya tu pakwe kita. Xde beza kalau dgn kwn kita pun. So ape masalahnya kan?

Pastu berubah. kalau nak berubah, buat sebab Allah. Sebab diri sendiri, bukan utk org lain. Aku suka bila dia nk berubah utk Allah, utk diri dia dan supaya dia boleh jadi lelaki, suami dan bapa yg baik di masa dpn. Aku pun cmtu, aku ikhlas berubah jadi lebih baik. Keampunan Allah kan besar, usahalah cari.

Aku tgk sesetgh awek, semua nak pakwe diorg belikan, bayarkan. Bagi aku, ape aku nak, aku boleh cari duit sendiri. Xyah susahkan org. Dia xpernah halang cita2 aku. Selalu support aku supaya aku tetap hati nk berjaya.

Ya Allah..semoga kami jauh buat sementara..Ya Allah jodohkanlah aku dgn dia ya Allah...aku mohon dengan sangat...tunjukkan kami jalan supaya bahagia itu milik kami selamanya ya Allah...

p/s : baru aku taw, bila kita betul2 jatuh cinta, kita xmalu jadi diri kita sendiri dan rasa selesa dgn diri kita.

nak cakp something ni....malunyeeeeeeee (sila lihat muka pemalu ini) :



I LOVE U PAPA:)




Hehe bye sume sorry utk entri loya tekak ni layannnnnnnnnnnnn kuang2